Sunday, December 26, 2010

Kisah John (Versi Komik Pendek Bahasa Melayu)







Karya ini merupakan hasil karya dan idea oleh saya, namun kredit adalah untuk pelukis gambar-gambar ini. ^___^. Sekadar hiburan dan bukan bertujuan untuk dikomersialkan.

Friday, December 24, 2010

PMR Sebuah Kisah?





Hasil Karya ini adalah dikreditkan pada pelukis asal, bagaimanapun hak idea tulisan adalah Tamparuli Blogger Online. Sekadar renungan dalam bentuk kartun untuk kita semua, sketsa komik pendek ini khusus untuk PMR tahun ini. Sekiranya ada yang terasa, terlebih dahulu saya memohon maaf dan ampun banyak-banyak.
^____^...siapa tak suka komik ringkas ni, komen di bawah ya...arigatou..

Monday, December 20, 2010

Siapa yang bertuah kali ini?

Salam semua...

Pertama, nak mohon maaf atas kesibukan yang melanda diri ini sebagai penulis blog, maka pengumuman rasmi kali kedua ini agak terlewat, sepatutnya semalam.

Seperti yang anda sudah maklum, ada tinggal empat belas blogger yang akan berentap untuk merebut domain dari Didozel Dot Com. (semua blogger yang join dulu akan dapat, tapi kena sabar sebab cabutan akan dibuat dari semasa ke semasa.)

Baiklah, tanpa membuang waktu lagi..

Jeng..Jeng..Jeng..

Blogger bertuah kali ini adalah Mr Alien..

he..he..jangan marah ye, sebab bila masuk blog beliau mesti nampak header alien, dan ini disahkan lagi dengan quote beliau iaitu "apabila alien berblogging"..ha..kan..betul?

So, harap saudara bersabar ya, saya akan uruskan domain saudara dalam masa terdekat. Maklum, saya sendiri sangat sibuk buat masa ini, blog pun dah jarang di urus pedulikan,blogwalking pun tidak dapat.

Pada yang tidak dapat kali ini, jangan risau, nantikan pula cabutan demi cabutan seterusnya.

Arigatou...

Monday, December 13, 2010

Cabutan Kali Ke-2!

Ya, rasanya ini yang paling ditunggu-tunggu oleh blogger yang menyertai Didozel Domain Giveaway dulu kan, ha'ah..

Dulu, Cik Miza yang dapat domain free..kali ini siapa pula?

Jom terjah calon-calon yang tinggal!


1- Cute Mum
2- Wan Haryati
3- Ahmad Raafik
4- Zainab Mohd Ghazali
5- Suzie Rahman
6- Haszuraidah Ishak
7- Nur Atina
8- Michael Angelo
9- Anas Firdaus
10- Alienelliz Elliz
11- Farah Diaz
12- Ahmad Aliff
13- Ckyn Chan
14- Waafiz Boutique 

So, siapa yang kena eh? Cabutan kali kedua akan diadakan pada hari ahad ini bersamaan 19/12/2010, nantikan ya. Ini janji Master D, siapa yang join Giveaway ini dulu, semua akan dapat domain, cuma kena sabar sikit saja kerana cabutan akan dibuat secara mengejut...nantikan..^___^

p/s- Ada rasa menyesal tak pada siapa yang tak join dulu? he..he..beruntung Didozel Dot Com dapat penaja macam Master D, tapi..lagi beruntung siapa yang join GA ni dulu kan, tengok..semua akan dapat domain..he..he..

Saturday, December 4, 2010

Kelapa Bakar?

  
Sekadar nak tanya ni, ada tak yang suka minum air kelapa bakar? Pada pendapat anda, sedap tak air kelapa bakar, kemudian diletakkan ais lagi? he..he..

Lelaki Gua dan Lelaki Cendawan







Friday, December 3, 2010

Lamanya tak update blog.

Hai semua, selamat malam. Lamanya tak update blog, maaf ya kawan-kawan semua, kami sibuk dengan urusan dan tugasan luar, tambahan lagi ada projek luar ni..busy memanjang pula musim cuti-cuti begini. (khusus cuti sekolah..he..he..)

Okaylah, just nak share picture masa di Kuching, Sarawak dulu...he..he..




Gambar-gambar ini telah diedit oleh saya..he..he..setakat ini sajalah info untuk hari ini, sekadar memberitahu pada semua, yang tuan blog ini dan keluarganya sihat-sihat belaka..syukur..^___^

Tuesday, November 16, 2010

Keputusan Rasmi Didozel Domain Giveaway

Selamat pagi semua, semalam dah dapat informasi mengenai kesilapan Cik Miza sehingga menyebabkan entry tersebut telah di delete.

Master D merupakan sponsor utama kami di Didozel Dot Com, manakala saya, Alessandro Rahman adalah penulis blog. Kami bukan orang yang sama. Master D bolehlah dikatakan sumber utama kewangan segala contest/giveaway dan lain-lain untuk blog ini. Malah beliau adalah sifu saya untuk mempelajari mengenai dunia blogging.

Setelah Master D pertimbangkan dengan saksama, maka kami para ahli dalam Didozel Dot Com sebulat suara secara rasminya mengekalkan cabutan sebelumnya.

So, Cik Miza, tahniah! Anda telah memenangi satu domain percuma dari Didozel Dot Com. Tempoh domain ini adalah selama setahun. Kami akan selesaikan urusan domain dahulu dan bila selesai cik akan dapat gunakan domain tersebut untuk blog cik. Harap bersabar ^___^

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimanapun, saya ada berita baik untuk semua yang join Didozel Domain Giveaway ini. Anda semua akan tetap mendapat domain!

Ya benar! Ini adalah janji dari Master D sendiri. Jangan padam entri anda dahulu kerana Master D berbesar hati akan memberikan 14 blogger yang turut serta dalam Didozel Domain Giveaway ini, domain percuma!

Sama seperti sebelum ini, setiap bulan, cabutan akan di lakukan antara 1 hingga 3 cabutan. So, jangan risau, anda pasti akan dapat domain, namun kena sabar sedikit. ^___^

Tarikh cabutan akan diberitahu pada bila-bila masa sahaja. Bagaimana? Suka tak?

"Tidak ada yang akan kecewa semasa saya yang buat giveaway"
                                                            kata-kata pujangga Master D

Master D memang sempoi lah...he..he..

p/s- Saya pula sibuk dengan persiapan hendak ke Kuching, Sarawak pada 19 November ini... :-)

Monday, November 15, 2010

Keputusan Didozel Domain Giveaway Tergantung?

Selamat malam semua..hari ini merupakan hari yang melelahkan, mendebarkan dan sungguh mengujakan. Hari ini temuduga SPA 8.

Okay, entri ni bukan nak cakap pasal SPA 8..he..he..tetapi mengenai keputusan domain giveaway.

Cabutan telah pun dibuat oleh Master D sendiri dan nama blog yang berjaya di cabut adalah :

http://hayworlds.blogspot.com/2010/10/didozel-domain-giveaway.html

Bagaimanapun, semasa Master D cuba untuk masuk ke link tersebut, didapati bahawa link tersebut sudah tidak available lagi, page not found. Ianya sudah pun mungkin dipadam atau ditukar atau lain-lain sebab.
                                                                  Page Not Found

Mulanya Master D nak buat cabutan lain namun atas timbang rasa dan keprihatinan..cewah.., maka entri ini dibuat terlebih dahulu untuk memberi peluang pada Cik Miza Yusof untuk tampil menjelaskan sebab musababnya samaada beliau telah menarik diri dari Giveaway ini atau macamana.

Master D sendiri telah mencari entri tersebut satu persatu namun sehingga ke entri yang paling lama sekalipun, masih tidak menemui entri mengenai didozel domain giveaway ini.

Sekiranya Cik Miza menarik diri, maka cabutan akan dilakukan lagi sekali. ^__^

So, kita harap Cik Miza dapat menjelaskan keadaan ini. Terima kasih.

Sunday, November 14, 2010

Didozel Domain Giveaway Secara Rasmi Telah Ditutup!

Salam semua, ini adalah entri auto posting memandangkan saya, selaku penulis utama blog ini busy sikit untuk menghadapi temuduga esok..^__^

Baiklah, direct to the point. Domain Giveaway telah ditutup secara rasminya pada jam 10 Malam, 14 November 2010.

Berikut adalah senarai para peserta yang telah menyertai Domain Giveaway ini.

1- Cute Mum
2- Wan Haryati
3- Ahmad Raafik
4- Hamizah Ahmad Yusof
5- Zainab Mohd Ghazali
6- Suzie Rahman
7- Haszuraidah Ishak
8- Nur Atina
9- Michael Angelo
10- Anas Firdaus
11- Alienelliz Elliz
12- Farah Diaz
13- Ahmad Aliff
14- Ckyn Chan
15- Waafiz Boutique

Okay, pada sesiapa yang ada join tapi tak ada nama disini, sila beritahu dengan segera ya. Keputusannya akan diketahui pada malam hari isnin iaitu malam esok. Jangan lupa ya. Cabutan bertuah akan menentukan siapa yang akan bertuah membawa balik domain pilihan sendiri untuk kos selama setahun! 15 blogger akan berentap untuk mendapatkan nama domain ini..he..he..

p/s- Doakan aku lulus dengan jayanya dalam temuduga ini ya..^___^

Sekilas Renungan Malam (Repost)

Semalam, ketika diri ini sedang duduk di ruang tamu di tingkat atas, aku membuka jendela dan angin malam masuk dan meniup lembut dan damai, walaupun bahang kepanasan dari matahari senja masih terasa, tetapi seketika kelembutan angin malam menghilangkannya.

Hati ini tiba-tiba terdetik, damai sungguh suasana malam, jauh di hamparan langit yang hitam, ada beberapa taburan cahaya kecil (bintang-bintang) yang menghiasi malam sunyi, walaupun masih jelas ada tompokan awan. Kerlipan cahaya yang bergerak menggamit perasaan ini, apakah benda itu?

Ah, rupanya hanya kapal terbang yang sedang dalam perjalanan menuju ke destinasinya. Mungkin saja para penumpang yang berada di dalam ada yang tidur, ada yang membaca dan mungkin ada juga yang sedang makan atau minum, ada kanak-kanak, ada orang tua, ada orang muda, lelaki dan perempuan.

Tak disedari, cahaya kapal terbang itu pun hilang, aku mengalih perhatian kembali ke bintang-bintang kecil itu.

Alangkah hebat mata ini! Bintang-bintang kecil itu sebenarnya mungkin jauh lebih besar dari matahari! Tetapi kerana jaraknya yang tersangat jauh iaitu di luar Galaksi Bima Sakti, ia kelihatan kecil.

Mata kita mampu melihat jarak yang sangat jauh, malah lebih jauh dari jarak pluto (pluto sudah tidak disenaraikan sebagai planet lagi, kerana ianya adalah ketulan ais besar)

Hebat bukan? Bukankah ini yang kita harus bersyukur dan berbangga? Kita insan yang hebat! Jangan sesekali menafikannya.

Perjalanan masa sungguh ajaib dan luar biasa, tanpa aku sedari, aku sudah berusia 22 tahun. Sekejap sungguh perjalanan ini, sedangkan masih banyak yang hendakku lalui, hendakku timba.

Puas dengan pandangan dan khayalanku mengenai angkasa raya, aku menatap kembali bumi malam ini, nun jauh disana, pelbagai cahaya kelihatan, ada yang biru, ada yang kuning, ada yang cerah, ada yang merah, bermacam jenis cahaya warna, semuanya beraneka ragam.

Sekali lagi hati ini terdetik, aneka ragam itulah yang 'menghidupkan suasana'di bumi kita ini, kelainan itulah yang mencipta kesempurnaan dan keindahan.

Bayangkan sejenak jika semua yang ada dibumi ini sama dan serupa? Wajah pun sama? Bagaimana? Dapatkah kita bayangkan? Sudah begitu, nama pun sama, jantina sama, jenis sama, perangai sama, cuaca sama, semua sama dan sempurna.

Andai itu terjadi, maka dunia ini akan menjadi bumi yang sempurna tetapi "mati"! Harap-harap tak jadi begitu ya.

Aku menarik nafas panjang dan menghembus perlahan-lahan, segar sungguh udara malam, terasa paru-paru ini bersih dengan kesejukan yang ajaib.

Aku menutup jendela dan masuk tidur, aku berdoa agar malam ini aku dan keluargaku, keluarga sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku, jauh atau dekat dan semuanya, dijaga dan dilindungi oleh malaikat-malaikat yang ada disini.

Kita berdoa dan menyerahkan hidup ini ke tangan Tuhan kerana kita tahu Tuhan ada untuk kita. Sebesar manapun dugaan yang datang pada kita, kita tahu kita tak perlu takut, kerana kita ada Tuhan.

Terima kasih Tuhan untuk pembelajaran berguna malam ini. Semoga diri ini akan terus dapat merenung dan bermuhasabah diri sentiasa dan semoga diri ini dapat memberikan erti berguna bagi orang lain dan membantu sesama kami. Syukur kepada ALLAH.

Saturday, November 13, 2010

Kadang-kadang kita lupa?

Dalam hidup kita, mungkin saja kita telah capai apa yang kita mahukan, semuanya kita ada, kawan, keluarga, pendidikan yang tinggi, pekerjaan yang bagus, kewangan yang stabil, hidup yang sempurna dan banyak lagi.

Sehingga mungkin kita hanya sibuk mengurus diri kita dan memajukan hidup kita ke peringkat yang lebih tinggi sehingga kita lupa yang masih ada orang-orang di luar sana yang kurang bernasib baik, mungkin tidak makan dan minum sama sekali.

Mungkin kita akan katakan, siapa mereka bagi kita? Kenapa harus mereka dipedulikan? Kita lupa bukan? Kita adalah manusia! Yang sepatutnya penuh dengan perasaan simpati serta belas kasihan.

Tetapi kerana kita lupa, kita tidak pedulikan mereka langsung, bahkan tidak tahu pun. Sebab itulah menderma itu perlu bagi mengingatkan kita kembali bukan semua orang hidup senang dan bahagia, ada yang menderita, derma itu sendiri mengingatkan kita yang hidup ini umpama roda, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah.

Ada masa senang dan ada masanya kita susah. Kita malah kadang-kadang mencebik bibir seakan mencemuh mereka ini yang mungkin di mata kita tidak berharga sedikit pun, benar di mata manusia yang penuh dengan dosa, golongan yang tidak bernasib baik ini yang mungkin merempat dan tidak ada apa-apa membawa erti tidak bernilai langsung, tetapi ingatlah, di mata Tuhan, kita semua sama.

Sama-sama kita ingatkan diri kita yang semakin lupa terhadap golongan kurang bernasib baik ini, mendermalah dengan sepenuh hati dan seikhlasnya, walaupun hanya 10 sen sahaja, nilai keikhlasan itu tidak akan dapat ditandingi.

Lupakah kita? Disaat kita susah kita memerlukan bantuan tetapi disaat kita senang, kita tidak ingin membantu. Derma bukan datang dalam bentuk wang dan material, tetapi boleh saja dalam bentuk doa sekiranya anda tidak mampu.

Dermalah sejenak biarpun dalam bentuk doa. Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Friday, November 12, 2010

Pengalaman “Menggegarkan” di Stompin Sabah 2010.

Stompin Sabah 2010 benar-benar telah ‘menggegarkan’ Jesselton Point Kota Kinabalu Sabah, pada 6 November 2010, sabtu yang lalu. Saya telah bergerak dari Tamparuli seawal jam 4.50 petang dan tiba di Jesselton Point (Jesselton Port), menghampiri jam 6 petang.

Ketibaan saya disana menyaksikan Jesselton Point dibanjiri dengan orang ramai. Hujan mencurah-curah turun seawal jam 4 petang dan menjadi semakin lebat. Ramai orang sedang berteduh menanti kemasukan ke Stompin Sabah 2010 dibuka.

Terdapat gerai celcom dibuka dan selepas berjaya mendapatkan tempat berteduh, saya menghubungi Encik Hafidz untuk mendapatkan tiket-tiket free tajaan Nuffnang. Mulanya ingat ada sebelas tiket, rupanya sepuluh saja.

Sungguh menggembirakan sekali bila mendapat tahu tiket-tiket tersebut adalah untuk VIP. So, seperti yang diberitahu ada tempat berteduh, hujan pula memang semakin lebat saja.

Sementara menunggu pintu masuk dibuka, saya berdiri, memerhati gelagat mereka yang lalu lalang, mereka seakan tidak sabar menunggu untuk masuk. Bermacam ragam, gaya dan gelagat.

Pengumuman dibuat dan kemasukan adalah pada jam 7.00 petang. Masing-masing yang ada disana terus sahaja berkumpul di depan pintu masuk, tak sabar nak saksikan Stompin Sabah 2010 memulakan tirainya, mereka tetap bersemangat biarpun hujan.

Saya menunggu ketibaan rakan-rakan yang turut bersama untuk menyaksikan Stompin Sabah 2010. Selepas mereka tiba, kami bergegas masuk, tak sabar nak tengok live konsert Stompin Sabah 2010.

Hujan pula semakin kuat dan kami dah basah kuyup. Tapi syukurlah VIP ni ada tempat duduk dan berteduh, namun tetap basah sebab terlalu banyak orang di tempat VIP, masing-masing bersesak-sesak berteduh dari hujan namun mata tetap di pentas utama.

Stompin Sabah 2010 mula digegarkan oleh battle of the band dan kemudian diikuti band-band lain.

Antara yang sempat saya ambil video dan gambar (hujan kuat sangat time ni, dahlah begitu, saya di belakang sekali, tak dapat nak cari spot yang sesuai untuk ambil video dan gambar)

Aksi bahaya memakan api juga memukau para penonton yang hadir ketika itu.

Persembahan bertenaga Wicked Batucada begitu memukau saya dan rasanya begitu juga dengan pengunjung yang lain.

Persembahan dari Kulahig juga tidak ketinggalan mendapat sorakan dan teriakan penonton.

Tidak ketinggalan juga, artis dari sabah yang pernah menyertai Akademi Fantasi iaitu Toi ataupun popular dengan nama Toi Angklung, beliau memainkan lagu Nobody Performance, lagu asal oleh Wonder Girls.

Antara gambar-gambar yang sempat di rakamkan semasa menyaksikan Stompin Sabah 2010. (Proses zoom telah membuatkan kualiti gambar tidak berapa baik)








Sungguh teruja sekali menyaksikan permainan angklung yang begitu hebat. Semua yang hadir menumpukan perhatian penuh, tertarik dengan mainan alat musik tradisional, angklung yang dimainkan oleh Toi.



Ratu Rock Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ella, turut memeriahkan Stompin Sabah 2010. Sejak dari mula lagi, nama Ella disebut-sebut, beriya-iya benar melihat Ella di atas pentas.

Malam semakin larut tetapi persembahan menjadi semakin hangat. Semakin ramai yang memilih untuk berada di depan pentas dan bersorak dengan lebih kuat lagi.

Bunyi-bunyian semakin meriah, sorakan dan teriakan bersilih ganti dengan musik yang menggegarkan, saya yang berada hampir ketika itu dengan pentas pun merasakan jantung seakan-akan bertambah rancak degupannya.

Persembahan energetik dan bertenaga malam itu benar-benar menghilangkan mengantuk, saya langsung tidak mengantuk sepanjang berada di Stompin Sabah 2010, bagaimanapun, semasa perjalanan pulang, rasa itu mula datang perlahan-lahan, ye lah..dah pagi..he.he..

Pengalaman berada di Stompin Sabah 2010 merupakan pengalaman manis dalam kenangan 2010 ini. Pada yang berada di sana sahaja yang dapat merasai sendiri bagaimana hebatnya Stompin Sabah 2010 dan kepada yang terlepas Stompin Sabah 2010, harap-harap lain tahun, Stompin Sabah akan menggegarkan Kota Kinabalu Sabah sekali lagi.

Semoga di lain tahun, sekiranya ada lagi Stompin Sabah, saya akan dapat lagi datang. Harap Nuffnang akan menjemput saya lagi untuk event-event yang bakal di jalankan di Sabah.

Sempat juga bergambar bersama-sama dengan para blogger Sabah yang hadir ketika itu, walaupun tak ramai sangat, namun berpuas hati kerana akhirnya saling mengenali bila selama ini hanya bertemu di ruangan maya sahaja. (kamera dah kehabisan bateri, jadi guna kamera Si Jericho saja ni..he..he..)



Terima kasih kerana memberikan peluang pada saya untuk menulis mengenai Stompin Sabah 2010 ini dan terima kasih juga kerana memberi peluang untuk saya menulis advertorial post ini. I Love You, Nuffnang. ^__^

Peringatan :
Artikel ini adalah sponsored post oleh Nuffnang. Anda tidak dibenarkan menyalin isi kandungan artikel ini untuk kegunaan blog anda dan untuk mana-mana bahan media. Terima kasih.