Saturday, May 29, 2010

Beri Ruang & Masa Pada Diri Anda Sendiri

Apapun yang kita buat, perlu ada goal dan juga time planning..

So yang penting kita usaha dan beri ruang dan masa pada diri kita untuk achieve sesuatu yang kita inginkan.

Malah aplikasi kuasa minda pun begitu, penuh kesedaran dan kesabaran.

Contohnya, anda nak beli handphone (paling mudah lah ni..)..selain kumpul duit poket yang diberi tiap-tiap hari, apa lagi yang perlu anda buat?

Mungkin tolong cuci kereta cikgu time cuti..tolong cikgu..dapat gak upah sikit kan..

Cari kerja sambilan time cuti...

Kalau anda kreatif, boleh cuba usahakan agar tin-tin atau bahan bahan terbuang yang tidak berguna lagi untuk dikitar semula dengan nilai kekreatifan yang anda ada itu.

Jadikan tin minuman sebagai tempat pensel, misalnya dan kemudian jual balik.

Masalahnya ramai yang malu nak buat semua ni...kenapa nak malu? Rezeki dan duit halal juga kan?

Kemudian jika dah dapat cari jalan bagaimana nak perbanyakkan wang untuk beli apa yang anda idamkan itu, beri masa untuk anda usahakannya..

Beri masa dua tiga bulan, pasti akan dapat anda beli..dan dah dapat tu, jagalah elok-elok ya...mahal nilainya..ye lah..titik peluk sendiri kan? Merasa juga hasil usaha sendiri..

Begitu juga dengan setiap yang anda buat, misalnya assignment alias tugasan, ini kalau budak uni, memang familiar sesangat dengan kata-kata ni, sebab dapat tolong score markah untuk final exam..kan?

Beri masa untuk anda cari bahan, kumpul data data dan lain-lain sebelum anda mula membuat tugasan anda, dah siap nanti, hasilnya pasti A di tangan!

Sebab kita ada perancangan, dari main serbu saja...kan dah tak elok?

ha..ha..assignment OUM belum keluar lagi ni...nak cari bahan supaya dapat A juga lah.. :-)

Hmm..maybe untuk sem ini, subjek cuma ada satu saja yang ada tugasan, yang lain semua MCQ alias midterm..oh no..ini yang bahaya ni..tapi mesti cuba yang terbaik..

Nanti dikatakan tersungkur sebelum berjuang pula kan? So, berusaha sehabis daya dan sebaik mungkin.

Daa..jumpa di lain cerita dan kisah pula.. ^___^

No comments:

Post a Comment