Monday, May 31, 2010

Khasiat Bawang?

Anda pernah makan bawang? Tentu anda pernah.

Bawang tidak hanya berfungsi sebagai salah satu rempah dalam masakan atau pelengkap hidangan, tetapi juga berfungsi sebagai penawar berkhasiat.
Bawang putih dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

Caranya, rebus beberapa biji bawang putih dengan kulitnya sekali. Terlebih dahulu dicuci dengan air sehingga bersih tanpa mengupas kulitnya. Kemudian, anda rebus sehingga mendidih, biarkan selama 3 minit selepas mendidih. Setelah itu, ambil bawang putih tersebut, disejukkan seketika dan dikupas kulitnya.

Bawang putih itu kemudiannya dimakan begitu sahaja, rasanya memang tidak sedap tetapi khasiatnya sangat tinggi terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Bawang merah pula dapat dijadikan sebagai langkah pencegahan red-eyes iaitu sakit mata(mata akan pedih dan berwarna merah).

Ketika anda mendapat tanda-tanda mengalami red-eyes, caranya cukup mudah dan senang, potong bawang merah menjadi dua bahagian dan picitkan/perahkan bawang merah tadi sambil menitiskan air bawang tersebut di mata anda.Rasanya sungguh memedihkan mata, tapi setelah itu, penyakit red-eyes anda akan sembuh. Malah ia akan hilang pada hari yang sama anda menitiskan air bawang merah ke mata anda. Ianya penyembuh yang mujarab, lebih cepat dari rawatan moden yang kebiasaannya mengambil masa sehingga 2-4 hari untuk sembuh total.

Bawang turut mempunyai khasiat yang luar biasa dalam sejarah perubatan. Saya kongsikan bersama anda kisahnya :

Dalam satu post kesihatan diceritakan :
Pada tahun 1919, satu wabak flu telah membunuh hampir 40 juta orang. Terdapat seorang doktor yang kemudiannya melawat perkampungan para petani yang dilanda teruk oleh wabak tersebut. Hampir keseluruhan keluarga petani yang ada di perkampungan tersebut telah meninggal dunia. Apa yang mengejutkan doktor tersebut, apabila beliau tiba di sebuah rumah, beliau mendapati seluruh anggota keluarga petani tersebut sihat-sihat belaka tanpa ada seorang pun yang sakit. Hal ini membuatkan doktor tersebut tertanya-tanya bagaimana ianya terjadi?

Doktor tersebut bertanya pada petani dan mendapat jawapan yang mengejutkan dari isterinya. Beliau mengatakan yang beliau meletakkan sejumlah bawang di meja dapur dan di dalam setiap bilik. Doktor yang tidak mempercayai bahawa bawang yang melindungi mereka meminta bawang-bawang tersebut dan mengkajinya di bawah mikroskop.Keputusannya sangat mengejutkan doktor tersebut.

Bawang tersebut penuh dengan virus flu yang melanda seluruh kampung dan ini membuktikan bawang menyerap virus sekaligus meletakkan keluarga tersebut dalam keadaan sihat walafiat. (Tidak dinyatakan adakah bawang tersebut bawang besar atau bawang merah

Juga terdapat kisah lain yang menyatakan sebuah syarikat hampir bankrap apabila ramai para stafnya yang terkena flu sehingga menyebabkan para pelanggan lari. Pemiliknya kemudian meletakkan beberapa mangkuk yang berisi bawang di setiap sudut bilik dan akhirnya para stafnya kembali sihat sehingga tidak ada lagi serangan flu selepas itu.

p/s-Kepada para pemakai dan pengguna Quantum Pendant dan Sport Flask, caskan air banyak-banyak. Minum air hidup yang dicas. Ianya akan dapat menguatkan sistem pertahanan imun tubuh badan kita.

No comments:

Post a Comment