Thursday, May 20, 2010

Dedikasi Buat Ibuku

Aku memandu agak perlahan kerana kereta proton iswara milikku baru sahaja memasuki jalan tak berturap, jalan dalam keadaan teruk dan rosak, dipenuhi lopak lopak dan lubang disana sini, aku mengerutu sendirian, menyumpah nyumpah kerana terpaksa melalui jalan ini. Apa boleh buat, ibuku memintaku datang ke kampung, entah apa mahunya, aku sendiri tak tahu, sedangkan aku masih banyak tugas di pejabat, terpaksa aku korbankan masa sehariku, itupun bos dah lain macam bila aku minta cuti mendadak, mujur diberinya juga cuti, fikiranku melayang memikirkan sebab musabab kenapa ibuku memintaku pulang? Nak kata duit belanja, aku dah beri, tiap tiap bulan. Apa lagi? Malas betul aku dengan suasanan kampung yang agak mundur ni, elektrik tak ada, bekalan air pun guna telaga saja, nasib nasib.

Aku berhenti di depan sebuah rumah usang, rumah ibuku, rumah inilah tempat aku membesar bertahun tahun lampau. Berkali kali aku suruh ibuku pindah saja ke bandar, ada rumah banglo, apa lagi yang nak dicari disini? Kalau di bandar, aku boleh dapatkan khidmat pembantu menjaga ibu, tapi di kampung susah sikit, kenapa degil sangat ibuku ini?

Aku memberi salam dan kemudian tidak berapa lama kemudian salamku disambut,muka ibu tersembul di tingkap, melihat siapa yang datang, sebelum membuka pintu, aku seperti biasa memeluk dan mencium ibuku.

Aku mengeluarkan barang barangku.

"Ibu."
"Ya nak, kenapa?"
"Almari ni dah buruk lah"
"Tak apa, guna saja almari di luar."

Aku mendengus agak lemah, almari rosak, katil tak berganti, tilam dan lain lain semua usang, kemana pergi duit yang aku kirim tiap tiap bulan?

Malam itu, kami makan bersama, ibu memasak gulai ikan kegemaranku, sudah lama aku tak merasa makanan ibu, hampir lima tahun rasanya. Ibu tidak banyak bercakap, tetapi jelas wajahnya kelihatan gembira.

Selesai makan, aku duduk di beranda, tapi nyamuk banyak sangat, gatal seluruh badanku, hmm..inilah yang aku malas nak balik kampung ni. Aku berdiri dan duduk di dalam sambil menunggu ibuku selesai mengemas dapur. Aku on kan TV, tapi...sekali lagi hampa, siarannya sangat teruk, berlainan dengan di bandar, astro line sangat terang, disini, payah nak tengok.

Setelah selesai di dapur, ibu kembali ke ruang tamu dan membawa sepiring goreng pisang berserta seteko milo panas.

Aku semakin tidak sabar lantas bertanya mengenai tujuan ibu memintaku balik ke kampung.

Ibu duduk berdepan denganku dan memandangku penuh kasih, dia hanya tersenyum dan kemudian berdiri kembali, ibu masuk di dalam bilik meninggalkan aku terpinga pinga, 2 minit kemudian, ibu keluar memegang sampul surat coklat. Sampul surat itu di letakkan di meja dan ibu memintaku untuk membukanya.

Aku masih hairan tetapi aku tetap mengambil dan membuka sampul surat itu. Seketika hatiku tersentak, aku terkedu bila lipatan yang berada di dalam sampul itu ku buka. Isinya geran tanah! dan kunci? apakah ini?

(preview Cerpen Bersiri 'Dedikasi Buat Ibuku')
Oleh : Alessandro Rahman

No comments:

Post a Comment