Sunday, May 23, 2010

Diari OUM Hari Ini

Hari ini merupakan kuliah pertama ataupun tutorial pertama bagi OUM PPW(Pusat Pembelajaran Wilayah) Sabah bagi cawangan Kota Kinabalu-22 Mei 2010- sabtu, saya termasuk dalam Likas 1 Learning Centre dan pada tutorial pertama bagi semester Mei ini (OUM ada 3 semester per tahun iaitu semester Januari, Mei dan September), pelbagai perkara berguna yang saya telah perolehi.

Kita lihat satu persatu ya, kelas pertama bermula pada jam 8 pagi dan habis pada 10 pagi. Tutor kami ialah Encik Wan Zainuddin Bin Hj Awang. Sporting je nampak beliau ni. Kalau tak silap umur beliau dah 50 tahun lebih, dan beliau sedang dalam usaha untuk menamatkan PHD iaitu bidang kedoktoran falsafah, mempunyai bachelor dan juga master. Guru saya dulu pernah berkata, seseorang yang berjaya mencapai tahap kedoktoran falsafah adalah orang yang telah memiliki high class thinking level, iaitu melihat sesuatu sudut pemikiran melalui cara dan pendekatan yang berbeza. Teringat saya semasa zaman persekolahan, ingatan saya mengimbau kembali kenangan tahun 2007, dimana bahasa melayu kami di ajar oleh seorang guru iaitu Doktor Sarkauvi Maseri (kalau tak salah ejaan..he..he..), beliau ni Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tamparuli@Guru Penolong Kanan 1, tak tahu pula kalau beliau dah tukar saat ni. Pemikiran dan creative thinking beliau berbeza sekali, malah ada juga guru-guru yang seakan tidak dapat tangkap maksud beliau, malah kami sendiri pada mulanya bingung, mana taknya belajar bm tapi dalam proses menerangkan siap ada graf lagi..he..he..setelah saya hayati dalam-dalam, proses pemikiran beliau ini memang high class habis, sebab penuh makna tersirat dan tersirat, lebih kepada kognitif, jika saya ada satu persoalan yang ingin diutarakan, beliau tidak terus menjawab kepada jawapan persoalan saya, tetapi lebih kepada membawa kembali kepada proses berlakunya persoalan itu, sebab dan akibat dan banyak lagi, dalam proses pemikiran ini, kami sebenarnya diajar bagaimana berfikir secara lebih kreatif lagi bukan hanya tertumpu dan terbatas kepada sesuatu persoalan sahaja, inilah yang saya tidak faham masa form six dulu. 

Sekarang saya faham dan mula menerokai kembali bidang ini. Balik pada Wan Zainuddin ni, semasa beliau menjawab dan menerangkan mengenai subjek kami iaitu Professional Ethics (Etika Profesional), beliau tidak direct terus kepada persoalan tetapi membawa kami sebagai student di dalam bilik kuliah sama-sama berfikir mengenai persoalan itu dan datangnya idea-idea dari kami, saling berbalas idea dan mengeluarkan pendapat disamping beliau menerangkan, disinilah sebenarnya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku walaupun sebenarnya konsep pembelajaran OUM sedikit berbeza dari sekolah dan universiti lainnya, di Universiti, pelajar harus mencari material tambahan sendiri dan disekolah pula perlu banyak bahan tambahan lain tetapi OUM adalah konsep modul iaitu asal baca dan conquer modul pasti score, ditambah dengan forum dan assignment, tapi kini dah ada konsep mid term dan final term pula.

Namun pelajar juga boleh mencari bahan rujukan tambahan luar, tetapi yang penting mesti selaras dengan modul OUM. Apapun, best kelas pertama ini sebenarnya (pada pandangan saya, tak tahulah pada pandnagan mereka yang lain kerana lain orang pasti lain juga cara berfikir dan memberikan pendapat, bukan?)

Kemudian masa slot kelas kedua pula, Encik Azzhuri Busu Leman(kelas English For Science and Technical Purposes atau kalau budak2 sekolah mengenalnya dengan nama EST iaitu English Science Technology..kalau tak silap.) iaitu pada 10.15 pagi, 15 minit rehat selepas slot pertama. Satu yang saya salute pada beliau adalah english beliau yang standard iaitu dari segi pronounciation, style dan yang penting lancar macam air..he..he..konsep beliau agak senang iaitu penerangan + soalan dalam nota + perbincangan dua hala, konsep ini juga hebat sebenarnya, siapa yang ambil bahagian memberi jawapan dan berbincang akan menerima manfaatnya. Soalan dalam nota tu kira-kira macam ni :

Negara Malaysia Merdeka pada _______________.

Bila adanya nota begini, kami akan cari jawapan untuk isi tempat kosong tu, bila dah diisi, ianya secara tak langsung akan jadi nota, agak kreatif kan? Inilah salah satu style pengajaran yang bakal aku implementkan di dalam pengajaranku nanti bila diri ini sudah bergelar seorang guru. Doakan aku ya agar tercapai impian dan cita-cita murni ini.

Slot ketiga sebelah tengahari pula, kami tunggu hampir 30 minit, last last tutor kami iaitu Carmila Freddie J.Simol,tapi beliau tak datang hari ini, dia tunda kelas pada masa yang lain, yang belum lagi diberitahu. Risau pula kalau tak dapat maklumat mengenai tutorial pindaan tu sebab forum OUM belum aktif, maklum dah tukar kepada LMS Beta, upgrade lah sikit berbanding OUM online lama. Sistem mungkin sedang disusun dan dikemaskinikan, harap-harap dalam sikit masa lagi OUM forum akan aktif.

Inilah diari OUM ku untuk hari ini. Jumpa anda lagi di lain kisah. 

*Tulisan ini dibuat semalam secara offline, tetapi memandangkan baru hari ini aku online, maka baru hari ini dapat di postkan pada blog ini.

No comments:

Post a Comment