Sunday, June 13, 2010

Kisah Seram

Salam petang semua. (di Tamparuli hujan saat ni)

Cerita seram ni adalah mengenai diri sendiri iaitu pengalaman ketika belajar silat dulu. Belajar silat sekarang dah tak sama macam dulu-dulu time aku kecik-kecik, sekarang belajar silat, siap ada dengan baju silat, seluar silat, selendang, keris, sigar, semuanya serba lengkap, ditambah dengan peralatan-peralatan canggih, semua ada, malah ada tempat khusus lagi, di dewan atau gelanggang yang selesa.
Itu sekarang.

Dulu, aku belajar silat di kampung, belajar hanya berbekalkan tangan dan kaki je, baju dan seluar, baju biasa dari rumah, t-shirt biasa dengan seluar panjang biasa je, cuma pastikan longgar supaya senang nak bersilat.

Dan time tu, belajar silat pula hanya sedikit, 6 orang je kami yang berguru dengan satu guru silat ni..dia ni juga mahir membuat parang, keris dan lain-lain..so keris yang kami guna tu keris yang guru silat ni buat le..

Masa tu umur baru 10 tahun..kecik lagi..rumah guru silat ni atas bukit nun..jauh dari kawasan orang kampung..sikit yang berani naik ke atas sana..sebab ditengah jalan tu, kena lalu kawasan kuburan..he..he..seram siot..

Dah tu masa berlatih pula jam 7.30 malam..
aku dan kengkawan yang lain biasanya dah naik awal lagi..jam 5 petang lagi..main2 or practice silat juga time nak nak tunggu official hour punya training..

Begitulah setiap malam..bila dah habis dalam lingkungan pukul 11 malam..lepas rehat lima minit penat lelah bersilat-silatan sakan,kami akan berbaris dalam satu line..pastu pecut bagai nak gila turun bukit..ha.ha..

Itulah keadaan berulang-ulang tiap-tiap malam, sampai ada yang koyak seluar kena ranting..

Tapi,
tak macamana, satu hari tu, lepas latihan silat, aku rasa nak 'melepas' sangat, so aku pun ikutkan je niat di hati tu, aku dah pesan kat kengkawan semua, tunggu aku...alih-alih..lepas aku dah selesai semuanya, depa (mereka) semua dah hilang!

Pak guru beritahu, yang mereka semua dah pecut awal-awal lagi..ciss..dasar kawan..itu yang aku balik-balik kata dalam hati..yelah..takut siot nak turun ke bawah tu..

Pak guru bagi cadangan supaya aku tidur je di rumah dia...aku memula tu memang nak...tapi keesokan harinya aku nak ke sekolah..takut tak sempat pula..jadi nak tak nak aku kena terjah turun bukit sorang2 nampaknya..

Aku pun pecut bagai nak gila juga turun..entah nasib malang ku di malam itu, tah semena mena, aku tersepak batu pula, tersungkur aku di tanah..ha..ha..habis muka aku penuh tanah..aku bangun, gosok gosok kaki dan lap muka aku, pandang kiri dan kanan.

Hah!?

Aku berada betul-betul di sebelah kuburan ni!!! Macam mana ni? Nak pecut balik, kaki masih sakit, lenguh.

Aku berdiri..pas tu aku turun dengan berkumat-kamit..serta kaki yang terhenjut-henjut,tak tahulah apa yang aku merepek..

Angin pula berhembus lembut, bulu roma aku mula berdiri gagah..ha..ha..

Aku kemudian dengar bunyi budak kecik menangis..aku rasa macam ada yang nak terkam aku dari belakang..saat tu juga aku rasa aku ada kekuatan super yang luar biasa, kaki pun macam kebas dah..terus dengan kelajuan luar biasa, aku bukak langkah sejuta batu..ha..ha..

Sedar..sedar aku buka mata dah dekat rumah..terus aku pengsan..esoknya aku demam...tiga hari aku tak kesekolah..lima hari sakit sebenarnya tapi malam tu malam selasa..rabu, khamis dan jumaat aku tak kesekolah, sabtu dan ahad pun duk rumah je..

Terus aku berhenti belajar silat! Ha..ha..! Kawan2 yang lain pun berhenti sekali..takut kot!?

p/s-biasalah time budak2..entah2 yang aku dengar tu sejenis tumbuhan yang kalau buahnya jatuh akan kedengaran macam budak menangis...buat info you all, di sabah ni, terutama kampung aku tu, ada sejenis tumbuhan yang kadang kalau bergeser, pasti akan dengar macam suara budak menangis..serious..its true..ha..ha..and time nak lepaskan benihnya..buah..macam getah..kalau nak sebarkan benih dalam biji, akan meletup kan? yang ni lain sikit, budak menangis yang kedengaran..ha..ha..maybe..aku pun tak pasti..dah 12 tahun perkara tu terjadi beb.. ^___^

3 comments:

  1. tumbuhan pun pandai bergurau yer.hihi

    ReplyDelete
  2. ha..ha..yup..tapi memang ada tumbuhan ni, kalau kena yang penakut (macam saya masa kecik2 dulu), ditambah tengah hutan, dekat kubur..alahai..ada yang pengsan.. :-)

    ReplyDelete
  3. Bunyi macam pokok getah sayang..

    ReplyDelete