Wednesday, June 9, 2010

4 Polis Malaysia diselamatkan!

Siri tembak-menembak bermula lagi, 3 Gangster bergabung untuk melawan Jabatan Polis Los Angeles, Unit Penembak Khas dan beberapa Agensi Keselamatan lain.

Aku tak kenal sangat dengan beberapa kumpulan yang datang membantu, mungkinkah ada wartawan? Aku tak pasti..if ada..korang boleh tengok Berita Luar Negara!

Kepungan polis berada di pinggir Los Angeles, berdekatan dengan jambatan lama, pemprosesan bahan pepejal.

Sementara tu, aku, Armaan dan beberapa polis lain menyerbu tempat tahanan polis-polis Malaysia tu.

Kami berjaya menyelamatkan mereka dalam keadaan tak bermaya. Beberapa orang yang mengawal mereka semua habis ditembak mati! Bukan aku! Bukan Armaan yang buat juga! Polis-polis L.A punya kerja! Mereka yang nampak lemah dipapah keluar dengan diiringi polis-polis L.A tadi.

Aku nak check dulu, masa nak check bahagian atas, aku dengar bunyi bising di bawah,aku keluarkan pistol dan penuh hati-hati turun, bila aku turun, seorang lelaki berbadan sasa sedang mencengkam Armaan dari belakang dengan pistol di kepalanya.

Aku yang memang bersedia lantas mengajukan pistol yang kupegang pada lelaki sasa tu.

“Drop you weapon.” Aku berteriak agak keras.

Tembak menembak, kejar mengejar masih berlaku di luar sana, nampaknya mereka guna bom asap..nampaknya, dalam masa yang singkat Gang-Gang tu akan kalah sebab telah dikepung 360 darjah, dah tak ada jalan keluar..banyak sangat yang mati!!

Tapi aku ada keadaan yang lebih mencemaskan disini.

“No! You should!” Lelaki tadi tak kalah keras berteriak balik padaku.

Aku maju beberapa langkah diikuti dengan langkah mengundur oleh lelaki tu, Armaan seakan-akan tercekik. Lelaki tu memang bijak, dia sembunyikan kepalanya di sebalik kepala Armaan, agar kepalanya tak jadi sasaran peluruku.

“I kill him! Drop now!” Lelaki tadi berhenti dan berteriak lagi.

Perlahan aku menurut apa saja kata lelaki tadi.


“Now. Bow! Hands on your head.”

Aku turutkan saja, aku berlutut dan tanganku aku letakkan dikepala, lelaki ni tak tahu aku ada pistol spare di belakang leherku, perlahan aku cuba untuk capai.

Lelaki tu kemudian menumbuk leher Armaan, sekali tumbuk, Armaan dah jatuh macam nangka busuk. Dia acukan pistolnya padaku.

“You die now! Stupid you!” Lelaki tu benar-benar ingin menembakku. Tapi dia kemudian beralih pada arah dan mengacukan pistol pada Armaan yang pengsan. Aku harus bertindak.

Dengan pantas, aku tarik pistol dari tengkukku dan aku acukan padanya, sedar tak sedar, aku tekan picu.

“Bang!”
“Bang!”

Tembakan berjaya aku lepaskan. Satu tembakan tepat ke kepala!

For Armaan life, now I have to kill! I don’t want to shoot, but..the guy force me..

Aku merasa pedih di bahagian bawah tengkukku. Lagi satu bunyi tembakan tadi adalah dari lelaki tu, kami berbalas tembakan rupanya. Aku merasakan gelap disekelilingku. Apakah aku akan mati? Aku dapat rasakan aku rebah dan genggamanku makin lemah.

******************************************************************************

Aku merasa kepalaku sangat berat. Aku membuka mata perlahan-lahan. Beberapa orang dengan pakaian putih ada disampingku..mereka tersenyum..adakah aku sudah mati? Aku cuba bangun tetapi mereka menghalangku. Aku cuba bersuara, tapi tak mampu. Aku tutup kembali mataku, cuba merasai setiap hembusan nafasku, mengumpul tenaga.

“He’s fine..dont worry about him..he’s so lucky.”

Aku buka balik mataku. Satu-satu wajah yang ada disini aku renung…ada Armaan, beberapa orang polis dan orang-orang yang tak kukenal.

Fuh! Aku belum mati lagi..masih hidup..tapi apa yang berlaku?

Rupanya, peluru lelaki tu menembusi rantai leher yang kupakai, jadi hanya satu per dua dari keseluruhan peluru yang tembus di bawah leherku..walaupun masih berbungkus..tapi aku gembira dan bersyukur, aku selamat, begitu juga dengan Armaan dan polis-polis tu.

Doktor tu puji sebab aku tahan lasak. Tapi aku tahu, ini adalah keajaiban Tuhan. Syukur.
Tapi…

Kebanyakan ahli-ahli Gangster tu mati ditembak polis, aku sempat tanya pada Armaan, bagaimana dengan liputan media? Tapi Armaan cakap, hal ini dirahsiakan..

Apa jadi dengan Webster? Webster turut terkorban..terkubur sudah 3 Gangster di L.A. Biarpun masih banyak yang ada diluar sana, sekurang-kurangnya bilangan mereka sudah berkurang!

Tapi ini akan jadi kenangan pahit dan manis buatku sebab aku dah bunuh orang!

Dah sehari rupanya aku koma..aku boleh balik sebab tekanan semua dah stabil.

Polis-polis yang diselamatkan tu semua dah dihantar balik ke Malaysia. Kes ini dirahsiakan dari umum. Harap mereka bahagia.

Aku dah kembali ke Hotel saat ni, dah boleh gerakkan sikit leher ni walaupun sakit dan pedih. Macam-macam poskad aku terima, ada yang cakap tahniah lah, get well soon lah, orang putih macam ni rupanya nak tunjukkan keprihatinan mereka? Ambil berat? Hmm..maybe..

Tapi ni lah yang aku malas ni..ada je yang ketuk….kupu-kupu malam lah, apa lagi? Hei..tak serik-serik ke?

“Ya Tuhan, aku telah lakukan dosa besar kerana telah membunuh salah satu ciptaanMu. Ampuni aku Tuhan, sesungguhnya aku tidak sengaja, keadaan telah memaksaku untuk melakukannya.”

Aku menangis dalam diam sendirian di bilik Hotel ini, menangisi perginya satu nyawa yang telah kuragut dengan tanganku sendiri..semoga dia aman disana.

Maafkan aku..Maafkan aku..Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment