Wednesday, June 9, 2010

Hari ke-17 di Los Angeles!

Sedar tak sedar, dah 17 hari pun di sini. Dah nak masuk 5 hari sejak kejadian hitam tu..iaitu peristiwa tembak menembak tu lah..mana lagi..aku menghadiri kelas psikologi, kelas terapi dan banyak lagi..mungkin sebab impak hari tu, leherku semakin sembuh. Ada 13 hari lagi booking untuk Hotel tu, so aku nak stay ke? Rindu pula dengan anak aku di Sabah..rindu dengan isteriku juga.

She’s so worry about me..asyik-asyik tanya itu dan ini, nak tahu perkembangan lanjut..tapi aku tak beritahu dia pasal tembakan ni..nanti tambah dia risau, lagipun tak ada apa-apa juga..aku kan kuat..so nanti balik baru aku beritahu..Sabar isteriku..i Love You So Much Darling.

Isteriku dah balik dari Kelantan, dia kini di Sabah..rindunya nak pulang!! Tapi aku kena settle beberapa perkara sebelum balik..mungkin dalam sehari dua aku akan balik ke Sabah..rindu dah..rindu sangat-sangat..

My wife and my sweet baby girl waiting for me..in our home..terliur pula nak makan masakan isteriku..paspun..tudu bangat..(bahasa sabahan ni), maksudnya supaya jangan kempunan..korang tahu kan? Macam kalau kita mengidam sesuatu tapi tak dapat..hah..itulah yang akan orang sabah cakap..paspun atau tudu bangat.. :-)

Tak banyak yang berlaku hari ni, sekadar rawatan biasa juga, balutan tebal dan amat menyiksakan ruang bergerak pun dah boleh buka, tinggal balutan kecil je..

Kena ambil training, lapor diri dan lain-lain, tapi yang bestnya..aku kena layan macam raja je..siap ada pemandu nak hantar sana sini..Armaan pula dah nak berlepas balik India..hairan pula aku…kenapa L.A panggil Armaan jauh-jauh dari India? Masih menjadi tanda tanya.

Aku dibawa jalan-jalan hirup udara pantai..tapi aku tak boleh makan aiskrim lagi..sebab belum sembuh sepenuhnya..kena teguk air pun hati2..

Apapun, inilah perjalananku di L.A.

Lepas urus beberapa perkara, aku akan pulang semula ke tanahair tercinta…MALAYSIA!

Thanks kepada sesiapa juga yang support saya, terutama keluarga, doa dan kasih sayang kalian.

Case Close!

No comments:

Post a Comment