Tuesday, June 29, 2010

7 Langkah Mengurus Kewangan Anda

Pengurusan kewangan yang baik dan teratur akan dapat mengawal perbelanjaan anda sekeluarga. Masalah kewangan harus dipandang serius kerana sesebuah institusi boleh jatuh dan hancur jika pengurusan kewangan gagal dirancang dengan baik, bahkan nantinya ia bakal melibatkan keluarga, masyarakat, kehidupan sosial dan seterusnya memberi dampak negatif pada sesebuah negara.


Pengurusan kewangan di dalam institusi keluarga harus dirancang dengan baik oleh suami dan isteri. Pernahkah anda dengar suami dan isteri bergaduh kerana berpunca dari kewangan keluarga yang tidak stabil? Macam-macam boleh berlaku, lebih parah jika berhutang dengan kumpulan “ALONG” dan seterusnya tidak mampu membayar hutang tersebut. Isteri, anak-anak, rumah, keselamatan menjadi taruhannya.


Ramai orang berpendapat, mereka yang berpendapatan rendah sahaja yang mengalami krisis kewangan di dalam keluarga mereka. Jangan salah sangka! Masalah kewangan tidak hanya wujud dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah sahaja, malah boleh terjadi pada mereka yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi juga.


Mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah pengurusan kewangan yang tidak sistematik. Sebenarnya, semakin tinggi gaji, semakin banyak wang yang kita miliki, semakin boros dan semakin banyak kita hendak gunakan wang.


Semoga teknik dan cara praktikal yang saya akan tunjukkan ini, dapat menolong anda sedikit sebanyak dalam menangani masalah kewangan anda.


Teknik ini akan menyingkap teknik mengurus kewangan dan juga bagaimana untuk menjana lebih pendapatan(side income) untuk anda sekeluarga.


LANGKAH DEMI LANGKAH.


1- Bajet Tahunan/Bajet Bulanan.


Bajet adalah sesuatu yang perlu semasa mengurus hal ehwal kewangan di dalam keluarga kita. Cuba perhatikan persidangan dewan rakyat, semasa bajet tahunan dibacakan. Ianya sesuatu yang amat penting sekali.


Pertama sekali, anda harus mempunyai bajet tahunan. Bajet tahunan ini adalah bajet keseluruhan merangkumi segala urusan keluar dan masuk kewangan anda. Jumlah bakal gaji anda berdua (suami isteri) hendaklah dihitung dan dijumlahkan untuk mendapat jumlah kasar pendapatan per tahun untuk keluarga anda.


Kemudian, catatkan berapa banyak yang perlu anda gunakan untuk setiap bulan (bajet bulanan), masukkan bil elektrik, bil air, bil telefon dan lain-lain seperti makanan dan keperluan lain. Ingat! Selepas anda membuat bajet bulanan, anda harus mengatur strategi bagaimana untuk anda dan keluarga dapat mengikuti bajet yang telah ditetapkan.


Sekiranya di pertengahan bulan, anda ingin membeli sesuatu seperti televisyen baru, tunda hasrat tersebut untuk bulan hadapan, supaya bajet anda bulan ini tidak lari. Kemudian pada bulan hadapan, masukkan kos pembelian televisyen baru itu ke dalam bajet anda.

Berbelanja dengan berhemah, pilih benda/barang yang betul-betul keperluan sahaja, misalnya beras, sayur-sayuran dan lain-lain.


Elakkan membeli barang-barang perhiasan berlebihan sekiranya tidak perlu, elakkan membeli gadjet mahal-mahal, contohnya telefon sehingga beribu-ribu ringgit dan lain-lain.


2- Menabung Setiap Bulan.


Cara terbaik untuk mengekalkan ekonomi keluarga anda adalah dengan menabung/menyimpan wang di dalam bank. Amalkan menanam sifat suka menabung ini di dalam jiwa anak-anak anda agar mereka tidak boros apabil dewasa nanti.


Amalan menabung adalah satu amalan mulia. Peruntukkan dari wang gaji anda suami-isteri untuk dimasukkan di dalam bank anda berdua dan juga anak-anak anda(sekiranya sudah mempunyai anak)


Menabung setiap bulan mempunyai banyak kelebihan, salah satunya adalah untuk sesuatu hal yang tidak terduga, misalnya saja ada keperluan mendadak yang memerlukan wang dalam jumlah yang banyak.


Anda tidak perlu tercari-cari ke sana kemari kerana anda sudah ada tabungan anda sendiri di dalam bank.


Seboleh-bolehnya, selain dari bank, peruntukkan juga sedikit ke tiga pecahan kecil iaitu satu untuk perubatan, satu untuk pendidikan(bagi yang mempunyai anak-anak, satu untuk keperluan semasa. Wang dari tiga pecahan kecil ini anda boleh simpan di dalam tiga sampul dan disimpan di rumah/tempat selamat dan anda boleh menambah dengan lebih kerap iaitu mungkin seminggu sekali.


Ia berguna untuk keperluan mendesak yang tidak begitu penting misalnya untuk perubatan sekiranya sakit, pendidikan anak-anak iaitu untuk membeli buku dan keperluan sekolah, bayar yuran dan lain-lain, keperluan semasa, misalnya untuk belanja anak kesekolah, tambang minyak dan lain-lain.


3- Cuba Jangan Berhutang/Kurangkan Hutang!


Bahagian ni, memang seperti nampak tak boleh elak, tapi sebenarnya boleh. Misalnya, jika ingin membeli kereta, beli ikut kemampuan, pilih pembayaran ansuran paling minimum dan paling pendek, misalnya hanya untuk setahun dan cuba langsaikan hutan secepat yang mungkin.

Sekiranya membeli rumah, memadai anda pilih yang sederhana. Sekiranya ingin membeli rumah yang agak mahal, guna kaedah satu dan dua, iaitu pendam hasrat disamping dalam masa yang sama mengumpul wang agar anda dapat membeli secara tunai atau paling tidak dalam dua tiga kali pembayaran sahaja.


Berhutang sebenarnya banyak membazirkan wang anda tanpa disedari, perhatikan, kereta yang dibayar ansuran bila anda habis membayar (katakan selama tujuh tahun), anda akan dapati anda membayar lebih disebabkan adanya bunga yang dikenakan setiap bulan.

Mungkin untuk kereta dan rumah, tak dapat elak nak berhutang, tapi untuk barang-barang elektronik dan gadjet, cuba elakkan berhutang, kalau boleh, bayar secara tunai.


4- Gunakan Hobi Anda Untuk Jana Pendapatan Tambahan.


Ini yang jarang anda dengar bukan? Benar, ada pakar kewangan terlepas pandang hal ini. Hobi atau minat anda boleh anda gunakan untuk menjana lebih income untuk keluarga.


Bagaimana?


Contohnya, anda minat memancing, anda pakar memancing dan sudah sepuluh tahun memancing dengan bermacam-macam pengalaman.


Mengapa anda tidak buka kelas mengajar memancing? Mengapa anda tidak membuat satu ebook untuk kaki-kaki pancing? Membuat tips-tips untuk peminat joran?


Anda boleh membuat laman web, membeli domain dan hosting, kemudian mula membuat ebook dan jual secara online, guna autopilot dan anda akan dapat jana income anda secara automatik, malah mungkin lebih lumayan dari gaji anda jika kena pada cara promosi anda.


Anda juga boleh menjual hasil tangkapan anda di kawasan kejiranan. Boleh buat ikan bakar, pasti ramai yang nak beli kan?


Dari kaki pancing, mungkin anda boleh pula belajar ternak ikan? Dapatkan bantuan dari Jabatan Perikanan dan lain-lain agensi.


Apa jenis hobi, dengan kekreatifan anda, boleh menjana kewangan untuk anda.

Atau anda boleh membuat blog, pasang iklan berbayar dan terima cash tiap-tiap bulan dari hasil blogging anda. :-)


5- Gunakan Pengalaman Hidup Untuk Jana Pendapatan Tambahan.


Bahagian ini, lebih kurang dengan no.4 tadi. Siapa kata pengalaman hidup anda tak berguna?

Contohnya, jika anda seorang guru tahun 1 dan berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam mengajar tahun 1.


Anda boleh terbitkan journal, ebook, buku panduan, enzine dan sebagainya mengenai cara dan kaedah berkesan untuk mengajar dan mendidik tahun 1.


Murid-murid tahun 1 di seluruh negara mungkin akan dapat manfaat hasil dari karya anda itu.


Kemudian, boleh jual secara online, buat ebook dan promosi.


Anda akan dapat menjana lebih kewangan untuk keluarga anda.


6- Buat bisnes offline/online@bisnes internet.


Bisnes online sudah disebut di no.4 dan no.5 tadi.


Bisnes online melibatkan internet, website dan jualan samaada produk fizikal misalnya buku ataupun secara produk panduan seperti ebook, enzine dan banyak lagi.


Salah satu platform jualan online hangat adalah di mudah, ebay dan banyak lagi.


Atau jika anda ada blog, boleh join Pay Per Lead, Pay Per Click, Pay Per View, Affiliate dan banyak lagi. (Anda harus hati-hati memilih!)


Anda boleh pilih yang mana anda suka.


Ataupun anda boleh jalankan bisnes secara offline, banyak sangat syarikat-syarikat baru sekarang, misalnya uptrend, mlm dan lain-lain. Namun anda harus waspada memilih program sebegini.

*Awas! Jangan terpedaya dengan skim cepat kaya atau pelaburan internet.

Perniagaan internet dan pelaburan internet adalah dua perkara berbeza!


Anda mungkin boleh membuka sebuah restoran kecil dan mulakan bisnes anda sendiri tanpa syarat-syarat dan arahan sesiapa.


7- Gunakan Bakat Terpendam Anda/Idea Kreatif


Bakat terpendam atau idea kreatif misalnya kebolehan menyanyi, kebolehan menulis, kebolehan dalam silap mata dan banyak lagi.


Sekiranya anda pandai menulis cerpen/novel, mulakan hari ini, setiap malam, anda tulis dua hingga tiga muka surat dan bersambung setiap malam sehingga karya anda itu siap.


Aada usahawan yang berjaya menjana ratusan ringgit per bulan hanya dari hasil penulisan mereka.


Mengapa anda pula tidak mampu?


Dan sekiranya anda ada bakat menyanyi, apa lagi yang anda tunggu, cepat-cepat rakamkan suara anda, mana tahu nasib anda baik, album anda pula yang terbit di pasaran, tak semestinya anda perlu ikut program realiti yang panjang untuk tujuan ini.


Anda mahir silap mata? Boleh iklan di surat khabar, radio, televisyen untuk membuat persembahan silap mata bagi majlis hari jadi dan lain-lain.


Bakat anda jika digunakan akan menghasilkan lebih $$$$


Demikianlah 7 langkah praktikal bagaimana anda dapat mengurus kewangan keluarga anda dengan baik plus dengan bagaimana menjana lebih income untuk keluarga anda.

Bagaimana pun, di dalam kita mengejar harta benda/kewangan, kita janganlah lupa tanggungjawab kita sebagai seorang ibu, seorang ayah di dalam keluarga kita.


Sekian dulu dari saya. Salam Ceria Semua. Happy Life..Pray A Lot.

5 comments:

  1. Salam ziarah...

    tips yg sgt berguna...
    thanks 4 sharing... :)

    ReplyDelete
  2. wow..bgus.. jika ramai macam anda... tentu tidak perlu guna carian dalam bahasa english lagi...tahniah..so gooodddddd

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan..gud sharing.
    saya pun sedang aplikasikan beberapa langkah yang awak share kan.
    jemput ziarah ke blog saya..
    http://qaseh83.blogspot.my/2016/07/pengalaman-hb-rendah-semasa-hamil.html

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan..gud sharing.
    saya pun sedang aplikasikan beberapa langkah yang awak share kan.
    jemput ziarah ke blog saya..
    http://qaseh83.blogspot.my/2016/07/pengalaman-hb-rendah-semasa-hamil.html

    ReplyDelete