Thursday, June 17, 2010

Hebatnya Amalan Menderma

********Generate With Auto Posting********

Hai, selamat malam semua. ^__^.

Diri ini masih tidak online..masih sibuk di luar sana..so macam biasalah, ini Pak Cik Automatik Posting punya kerja ni..baik2 posting post ni ye pak cik.. :-)

Okaylah..untuk tatapan malam..amalan menderma untuk para sahabat. :-)

Salam Ceria Para Sahabat semua. Apa khabar anda hari ini? Mulakan hari anda dengan senyuman dan penuh rasa syukur di dada. ^__^

Amalan menderma satu amalan yang mulia? Benarkah?

Ya. Menderma bukan sahaja amalan mulia namun amalan menderma/bersedekah ini akan menarik seribu satu kebaikan dalam diri dan hidup kita.

Kenapa amalan menderma ni mulia?

1- Kita kongsikan kenikmatan dan kebahagiaan yang kita miliki samaada dari segi kewangan atau material atau dalam bentuk apa-apa sekalipun.
2- Menderma dengan ikhlas dan penuh rasa niat untuk membantu akan dibalas dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Malah, kemungkinan kita akan didoakan pula oleh orang yang menerima derma kita itu.
3- Menginsafi diri yang penuh dengan kemewahan sedangkan di luar sana masih banyak yang hidup serba kekurangan, mengajar kita erti menghargai apa yang kita miliki dan tidak sewenang-wenangnya mensia-siakan harta kita ke arah maksiat atau perbuatan yang tidak baik.
4- Orang-orang yang suka menderma bukan orang yang miskin, walau selalu menderma, hartanya seakan-akan bertambah banyak dan bukannya makin kurang, ini kerana rezeki datang kembali kepadanya secara melimpah ruah.
5- Seribu satu lagi keindahan dan kebaikan serta kebahagiaan yang kita bakal miliki dengan amalan menderma dengan penuh keikhlasan.

Salah satu dari konsep LOA iaitu Law Of Attraction dan Magnet Wang dan Kemewahan adalah dengan menderma, iaitu wang yang kita dermakan kepada orang lain akan kembali kepada kita dengan berlipat ganda.

Bagaimana konsep LOA dalam derma ini berfungsi?

1- Bila kita merasakan dan berfikir kita tidak ada wang, kita akan terasa diri ini miskin dan secara tak langsung, pintu kerezekian akan mula menyempit, kita salahkan orang lain atas situasi kita yang serba kekurangan.
2- Tapi, dengan amalan menderma, kita memberitahu secara pasti pada minda bawah sedar kita yang kita adalah seorang yang kaya dan banyak wang, sebab itu kita menderma.
3- Minda bawah sedar kita menerima yang kita adalah seorang kaya, justeru kuasa minda bawah sedar kita akan mencari jalan agar ‘kenyataan’ atau affirmasi pasti yang kita wujudkan itu akan direalisasikan.
4- Kemudian wang dan pintu kerezekian kita akan bertambah banyak dan banyak.
5- Cuba anda lakukan praktik mudah ini.
6- Anda bangun pagi dan katakan pada minda anda sendiri, pada diri anda, yang anda seorang pemalas dan rasa mengantuk menyelubungi anda, anda tidak dapat bangun, anda rasa lemah dan tak bertenaga. Cuba rasa, apa yang anda akan lalui?
7- Hidup anda seharian tidak akan bertenaga, lesu, tak bermaya dan hambar, malah semua kerja-kerja yang anda lakukan juga tak betul.
8- Kemudian cuba praktikkan setiap hari, di awal pagi kita bangun, pandang cermin dan katakan yang hidup anda penuh dengan cabaran yang menyeronokkan dan di luar bilik anda, menanti pengembaraan yang penuh dengan keseronokan dan anda harus menyelesaikan misi anda untuk hari baru ini. Katakan yang anda penuh dengan tenaga energetic, kemudian lakukan senaman ringan sedikit dan teruskan katakan dengan yakin pada diri anda, santapan-santapan positif untuk minda kita seperti aku seorang juara, aku banyak duit, aku jutawan, aku mempunyai kebijaksanaan. Apa yang berlaku? Hidup anda seharian, walau macamana penat sekalipun, justeru seakan-akan anda mempunyai tenaga tambahan.
9- Begitulah kehebatan minda manusia.
10- Manusia tidak dapat menciptakan kehebatan sekiranya berpegang pada hukum dan logik semata-mata.
11- Bukti? Cuba tengok..beribu tahun yang lampau, wujudkah kapal terbang besi yang gagah perkasa? Wujudkah bangunan pencakar langit yang tinggi di awan biru? Tidak bukan? Manusia dahulu sudah menerima keadaan mereka yang manusia tak akan boleh terbang..tapi imaginasi sesetengah orang yang hidup dalam zaman mereka merubah kenyataan itu..malah manusia sudah boleh sampai ke bulan! Yang mana, hal ini adalah sesuatu yang sangat mustahil pada suatu masa dulu.
12- Imaginasi adalah titik tolak kepada wujudnya kenyataan yang luar biasa.
13- Albert Einstein satu masa dahulu pernah dianggap gila! Tetapi kini dunia mengatakannya sebagai Orang Paling Pintar Sepanjang Zaman!
14- Berfikirlah dan anda akan mendapatkannya.

Kisah Renungan Bersama : Derma RM 1

Fadhil keluar rumah dari awal pagi untuk mencari pekerjaan bagi menampung keluarganya. Masih terngiang-ngiang di telinganya, suara anak kecilnya yang menangis kelaparan. Hati Fadhil begitu sayu meninggalkan isteri dan anaknya dalam keadaan sudah tiga hari tak makan, hanya meminum air paip sahaja.

Fadhil tak ada kerja tetap, dia seorang buruh kasar, namun syarikatnya yang terlibat dalam kes penipuan telah bangkrap, menyebabkan dia kini tak ada kerja. Wang pampasan pun tidak diterimanya. Yang ada hanya RM 1 ditangan untuk sebarang keperluan semasa dia mencari pekerjaan ini, itupun duit yang ditemuinya diatas jalan tadi.

Puas sepanjang hari, Fadhil berjalan kesana kemari mencari pekerjaan namun tetap tak diterima. Dia terduduk dan menangis mengenangkan nasibnya itu, hanya air paip di jalan mengalas lapar perutnya itu, dia terkenang akan isteri dan anaknya yang juga kelaparan di rumah.

Air matanya mengalir deras, tak ada satupun anak manusia yang peduli akan nasib seorang lelaki yang sedang meratapi keadaan diri di pinggir jalan.

Tiba-tiba, bahunya dicuit seseorang. Dia mendongak. Seorang kanak-kanak dalam lingkungan 5
tahun sedang memandangnya dengan muka penuh kesedihan, Fadhil teringat anaknya yang seumur dengan kanak-kanak kecil ini.

“Kenapa nak?”

“Pak cik, saya lapar.”

Tersentak Fadhil mendengarnya, bagaimana dia hendak membantu kanak-kanak ini, sedangkan dia sendiri tidak mempunyai apa-apa?

Dia teringat akan wang RM 1 yang dimilikinya itu. Fadhil serba salah, hendak diberinya, dia takut kerana itulah satu-satunya duit yang dia ada sekarang.

Tapi melihat kanak-kanak yang masih kecil dan penuh debu debu jalan serta pakaian yang compang camping tidak terurus, dia merasa kasihan. Lalu dengan penuh keikhlasan, Fadhil memberikan wang tersebut sambil berdoa dalam hati agar kanak-kanak tadi dilindungi dan dijaga dari segala malapetaka.

Gadis tadi tersenyum manis walaupun hanya menerima RM 1 dari Fadhil, dia menyapu mukanya dan berkata lembut,

“Terima kasih pak cik, pak cik baik. Jangan risau. Pak cik akan dapat balik duit ni nanti lepas pak cik sampai rumah.”

Selesai berkata begitu, gadia itu menghilang di dalam orang ramai yang sedang lalu lalang.

Fadhil bingung memikirkan kata-kata gadis tadi. Apakah maknanya? Fadhil meneruskan juga perjalanannya untuk mencari pekerjaan.

Hari semakin senja dan sebentar lagi akan malam, namun usahanya hari ini masih menemui jalan buntu seperti hari-hari sudah.

Dengan langkah lemah, Fadhil memutuskan untuk kembali ke rumahnya. Dia mengenangkan yang nasibnya sungguh malang, jiran-jiran semua tak mahu memberikan apa-apa padanya, walau sebutir beras sekalipun.

Terfikir juga di hati kecil Fadhil untuk merompak, tetapi segera dia teringat akan dosa yang sangat besar itu, segera dia menyesal dan berdoa kerana sempat berfikiran seperti itu.

Sudah masuk pukul 8 malam, ketika Fadhil sampai di depan rumah usang yang didiami bersama isteri dan anaknya itu. Suasana agak berlainan kerana ada tiga buah kereta mewah betul betul diletakkan di depan rumahnya. Fadhil menjadi cemas, risau kalau ada apa-apa yang buruk berlaku.

Dia meluru masuk ke dalam, dia melihat ada beberapa orang lelaki dan perempuan sedang berbual bersama isteri dan anaknya. Banyak makanan, barang keperluan dapur, pakaian yang ada disamping isterinya.

Fadhil memberi salam dan masuk dalam keadaan terhairan-hairanan.

Isterinya menjelaskan yang mereka ini adalah keluarga seorang perempuan yang dirogol beberapa tahun lalu, Fadhil lah yang mengecam wajah-wajah suspek terlibat sehingga kes tersebut dapat diselesaikan. Bagaimanapun mereka gagal menjejaki Fadhil ketika itu untuk mengucapkan terima kasih mereka kerana menolong mereka, Fadhil pun tidak mengharapkan apa-apa ketika itu kerana dia merasakan yang dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sahaja.

Mereka menawarkan kepada Fadhil RM 1 000, 000.00 untuk memulakan hidup baru dan membuka bisnes sendiri. Fadhil menolak dengan baik kerana tidak mahu termakan budi, namun mereka tetap mahukan Fadhil menerimanya. Fadhil bersetuju asalkan setelah berjaya nanti, dia akan membayar RM sejuta itu pada mereka, dan sekarang mereka hanya meminjamkan sahaja wang itu pada Fadhil. Mereka bersetuju dengan usul Fadhil.

Akhirnya selepas 5 tahun bekerja keras, Fadhil kini menjadi salah seorang usahawan tempatan yang berjaya dan hidup mewah. Bagaimanapun dia tetap tidak lupa akan orang yang susah dan sering membantu mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kini, Datuk Fadhil dan keluarganya hidup dalam penuh kebahagiaan, kedamaian dan rezeki yang melimpah ruah. Baginya, gadi kecil yang datang padanya itu bukan gadis kecil sembarangan. Kerana derma seringgit, dia mendapat balasan sejuta ringgit…bayangkan sejuta kali ganda balasan untuk seringgit derma yang ikhlas.

Begitulah coretan dari kisah benar yang terjadi dalam hidup Datuk Fadhil Allyas dan kini anda pula yang membaca kisah ini. Renungkan dalam-dalam, apa pengajaran yang anda dapat?


Salam Bahagia Semua! Teruskan bersama kami untuk informasi lebih banyak mengenai Kuasa Minda, Kuasa Bawah Sedar, LOA dan banyak lagi.

Kekreatifan itu wujud dari pemikiran yang inovatif. Setuju?

3 comments:

  1. artikel yang bagus dikongsi..sesuatu yang dianggap remeh..tetapi memberi seribu makna..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Ya kadang2 perkara remeh itu sebenarnya adalah perkara yang penting di dalam hidup, tetapi ada kalanya kita seakan-akan tidak peduli. :-)

    ReplyDelete
  3. Thanks! You helped me alot with my lisan that I have to present tomorrow. :-D

    ReplyDelete