Wednesday, June 9, 2010

I'm Back To Sabah!

Hari kedua puluh dua aku berada di L.A. dan sekarang aku akan berangkat pulang semula ke Sabah, Malaysia! (Kebetulan sama pula dengan umur aku 22 tahun..22 dua hari juga aku di L.A.)

Setelah settle kan semuanya dan lepas farewell party..yang dibuat di sebuah bar mewah, aku menaiki kereta SUV hitam menuju Lapangan Terbang.

Sebelum lelaki yang menghantarku ke Airport ni balik, dia memelukku erat dan mengucapkan terima kasih..aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih kembali, dia nampak ceria dan gembira..tapi untuk apa ucapan terima kasih tu? Aku pun tak tahu..

Aku menyempatkan diri untuk menulis di ruangan menunggu. Banyak sekali yang terjadi..

Kenangan Los Angeles tak akan aku lupakan sepanjang hidupku ini. Its was like a dream, Los Angeles yang mengajar aku erti tentang hidup yang berbeza dengan yang aku alami di Sabah..mengajar aku erti kecekalan yang berbeza dan yang telah menuntut nyawa dan darah dari tanganku.

Aku masih bersedih dan berduka dalam kegembiraan, aneh kan? Dalam hanya 22 hari, aku seakan-akan berubah..dulu ketika mula-mula sampai sini dan sekarang..semuanya terasa lain..berbeza..amat terasa sekali.

Aku tak tahu perasaan orang lain (sesiapa pun yang pernah membunuh) tapi bagiku ia umpama nightmare untukku.

Mungkin korang rasa aku undercover agent yang tak kuat semangat..apalah..dan banyak lagi..but…that’s the feeling when you had kill somebody and that’s true..the feeling is totally different.

******************************************************************************

Aku tarik nafas lega dan penuh kesyukuran ketika kapal terbang mula meluncur laju di landasan dan terbang tinggi di awan biru kerana aku masih hidup, aku kini sedang dalam perjalanan kembali ke Sabah! Nantikan kepulanganku, my parents, my wife and sweet child and my friends..

SELAMAT TINGGAL LOS ANGELES!!!

2 comments: