Sunday, October 31, 2010

Senyuman di sebalik kedukaan.



Kawan-kawan semua, mari kita sama-sama merenung dalam-dalam video diatas. Apa perasaan anda? Sungguh! Biar sesusah mana pun yang pernah saya hadapi selama ini, saya tak pernah pun sekali memakan sisa makanan orang lain sampai sebegini. Kisah dalam video ini benar-benar menginsafkan, biarpun mereka makan sisa orang lain, mereka masih bersyukur dan masih sempat berdoa kepada Tuhan.

Marilah, mulai hari ini, kita berjanji untuk tidak meninggalkan sisa makanan sehingga menyebabkan pembaziran berlaku. Beribu insan diluar sana yang sedang kelaparan disaat kita sedang menjamu selera.

Kita masih mampu pergi membeli di KFC, MCD, Burger's King, Pizza Hut, Chicken Rice Shop dan lain-lain. Bukankah kita bertuah?

Saya menangis, menangis sangat kerana terharu bila melihat video ini. Saya baru melihatnya di salah satu blog sahabat dan memutuskan untuk turut mengongsikannya di blog saya ini.

p/s- Disaat kita merungut tentang makanan, mereka bersyukur atas sisa makanan yang mereka perolehi.

*Baru terperasan, hari ini hari Halloween rupanya..

Saturday, October 30, 2010

Pengembaraan Melalui Masa?

Pernahkah anda mendengar pengembaraan melalui masa? Time traveler?



Sila tonton video diatas dan perhatikan dengan saksama. Adakah ianya mungkin?

Lelaki ini pada mulanya membetulkan bawah sinki nya yang bocor dan entah bagaimana telah merangkak sehingga ke satu 'zaman' yang lain dan aneh. Dia mendakwa telah berjumpa dengan 'dirinya' sendiri yang telah berusia lebih kurang 70 tahun.

Para pengkaji berkemungkinan berpeluang untuk mengetepikan dakwaan lelaki ini kalau bukan satu video klip ringkas yang telah di ambilnya. Dalam video klip ringkas itu, ternyata lelaki itu bergambar dengan 'dirinya' sendiri, sambil tersenyum dan saling menunjukkan tatu mereka yang sama.

Adakah ia cukup untuk membuktikan bahawa lelaki ini benar-benar telah menjalani pengembaraan masa? Menurut anda bagaimana?

Pernahkah anda mendengar pula mengenai John Titor? Lelaki ini pernah famous satu masa dulu kerana mendakwa dia dari tahun 2036. Tak silap saya, ada sedikit info dalam majalah kreko satu masa dulu, penggemar kreko, tentu tahu ni.

Dia siap mengambil gambar bukti-bukti kewujudan mesin masa yang digunakannya, kemudian lelaki misteri ini lenyap begitu sahaja, meninggalkan misteri yang belum terungkaikan.

Teori masa yang dipelopori oleh Albert Einstein sehingga kini masih menjadi tanya tanya dan misteri. Apakah mungkin pengembaraan masa boleh dilakukan?

Bayangkan, jika saja kita mampu mengembara melalui masa :

Mungkin kita mampu mengubah sesuatu yang hendak kita ubahkan. Misalnya kehidupan kita dan lain-lain.

Pendapat anda bagaimana?

Friday, October 29, 2010

Event Nuffnang Di Kota Kinabalu Sabah.

Selamat pagi semua. Hari ni nak cakap pasal nuffnang lagi. Semalam dapat call dari Nuffnang, excited sangat ni..ya lah kan, tak pernah dapat call dari Nuffnang lagi ni..sekali jemputan khas ke satu event nuffnang yang akan diadakan di Kota Kinabalu. Wah..tak pernah dapat jemputan untuk hadiri event nuffnang lagi ni..best sangat kan? (inilah yang daku tunggu selama ini, untuk hadiri event nuffnang.he..he..akhirnya termakbul juga..terima kasih nuffnang sebab call)

Thursday, October 28, 2010

Boleh anda doakan saya?


Salam sejahtera…he..he..meremang bulu tengkuk? Ingat penulis sakit ke? Tak, minta dijauhkan dari sakit-sakitan ya…masih sihat sejahtera, bertenaga, muda dan gagah..aik..macam lain je kan? Taklah, orang muda kan energetik..penuh cas-cas positif katakan.

Sebenarnya, tarikh penting iaitu 15/11/2010 ni…aku akan pergi temuduga…temuduga apa? Juruteknik Komputer Gred F17.

Semoga diri ini dapat lulus temuduga dan diserap masuk untuk berkhidmat ke institusi pengajian seperti sekolah atau maktab.

Cashout Nuffnang Untuk Bulan Oktober 2010

Seingat aku, inilah kali pertama aku cerita pasal nuffnang kan? Sebelum ni, bagi yang dah biasa masuk blog ini pasti tertanya-tanya, kenapa tak pernah cakap pasal buffered earning, metered earning, ctr dan lain-lain pasal nuffnang…he..he..

Yup, inilah entri pasal nuffnang yang pertama dan julung kalinya di blog yang tak seberapa ini. Kali ini aku nak cerita pasal cashout untuk bulan oktober. Seperti biasa, memang setiap kali check out nuffnang, mesti semua metered earning akan bump..bump..alakazam..berserta campaign biasa..ala..yang main klik2 tu..tinggallah satu buffered earning..he..he..

Berapa RM dapat bulan ni? Ehem..ehem..itu rahsia..sikit je..asal lepas syarat..syukur..he..he..

Buffered earning ni kalau diterjemahkan ke bahasa malaysia membawa maksud pendapatan terumpuk. Iklan ini dapat menyumbang pendapatan lumayan bila blog mendapat page view yang tinggi. Bayaran akan dikiran berdasarkan berapa kali paparan penuh sesuatu iklan dari unik ip, maksudnya ip yang berbeza.


Beginilah rupa ruangan pendapatan nuffnang blog ini setelah cashout berlangsung.
[abaikan doktor house ya, aku guna persona untuk decorade mozila..he..he..faboret ku..doktor house]



Keistimewaannya adalah walaupun tanpa klik, ia tetap menyumbang pendapatan pada blogger picisan seperti diri ini. ^__^

Namun, terdapat juga CTR iaitu Click Through Ratio untuk BE ini, yang mana menyumbang pada peningkatan bayaran. Ia dikira berdasarkan berapa jumlah klik dari pengunjung yang datang.

Iklan yang tidak berjaya dipaparkan iaitu page view yang hanya beberapa saat tidak menyumbang apa-apa pendapatan. Contohnya, anda melawat di sini, Didozel Dot Com tapi tidak menunggu paparan iklan, maka tiada kaching..kaching untuk saya..he..he..sebab itulah blog yang terlalu berat adalah bahaya untuk iklan nuffnang, kerana ada kalanya pengunjung terus klik close akibat terlalu lama menunggu.

Rasanya blog ini masih dalam tahap average bagi pengguna streamyx rumah. Tapi bagi portable broadband seperti Maxis, Digi dan Celom pula, tak tahulah macam mana kan? Berat tak untuk loading blog ni?

Harap entri ini sedikit sebanyak dapat menjawab pertanyaan yang mungkin bermain dalam fikiran saudara dan saudari kan, kenapa eh..blog ni tak pernah cakap pasal nuffnang?

Aku penjejak ilmu..orang yang menjejaki ilmu secara senyap dan menimba ilmu pengetahuan di dada, belum cukup ilmu untuk cakap..maka aku tak akan cakap…tapi kali ni bolehkan..try sikit-sikit bercakap pasal nuffnang.

Kesimpulannya? Nuffnang memang boleh menyumbangkan kaching..kaching.. pada kita, asalkan kita dapat berblog dengan penuh etika. J

p/s- Jangan spam shoutbox/shoutmix blog lain dengan berkata “Sudah klik nuffnang”. Bahaya!
p/s/s- Cukuplah dengan ucapan manis, kata-kata puitis, mesra..he..he..sebab kunjungan balas mereka secara tidak langsung meningkatkan traffic blog kita @ kita berkemungkinan cerah untuk dapat BE.(khusus untuk blogger baru, kalau dah pro blogger ni..dah puluh buffered.. J)

-Bila dah dapat BE, rajin-rajin update blog dan cuba untuk mantapkan traffic-

Pengalaman Bayar Bil Telekom

Pengalaman? Pertama kali bayar bil ke? Taklah..cuma kali ini ada yang menarik.

Telekom di Tuaran selalunya buka jam 8.30, kadang-kadang banyak orang, kadang-kadang tidak. So, pagi-pagi tadi lagi, sudah bersedia untuk bergerak dari Tamparuli ke Tuaran. Ingat boleh lah sampai dalam masa 15 minit macamtu, tapi rupanya tak juga, sebab jalan jem selepas saja round about KK-Kota Belud-Tamparuli.

Perjalanan menjadi hampir 30 minit...tak apa, sabar jelah kan. Sampai saja di depan Telekom Tuaran, aissh..nak parking kereta tak dapat.

Parking lot semua penuh. Bukannya banyak pun, sikit je parking lot di depan.. sebelah Telekom ni Pejabat Pos Tuaran, pun penuh juga.

Maka mahu tak mahu terpaksa pusing dan cuba cari parking di kawasan dalam Majlis Daerah Tuaran. Semua penuh juga.

Pusing dan pusing, akhirnya jumpa di belakang Milimewa. Masa ni belum buka lagi Milimewa. Sikit je yang parking time ni.

Lepas parking, aku terus saja keluar kereta, tekan alarm lock dan berjalan macam askar kawat kaki..he..he..menuju ke Telekom Malaysia.

Masa masuk tu, kena lalu di sela-sela kereta yang parking, sempit...ada seorang mak cik tengah menyapu di tepi...aku dari jauh lagi rasa lain macam je, orang yang lalu lalang depan mak cik tu buat tak kisah je..boleh pula siap pijak sampah yang tengah disapu.

Bayangkan, jika kita yang tengah menyapu orang buat macam tu..tahulah nak cepat..tapi hormatlah orang sikit..tak reti budi bahasa ke?

Masa dah dekat dengan mak cik tu, mak cik tu pun cuba untuk memberi laluan padaku. Mungkin dia ingat aku nak pijak sampah tu..tapi aku tak, cuba juga panjangkan kaki untuk elak sampah tu..maka terjadilah percakapan berikut.

"Siiou gi, tumalib oku poh." [Maaf ya, saya nak tumpang lalu]
"Bah..amu ie boh..talib noh.." [Tak apa, silakanlah.]

Lalu aku pun lalu dengan perasaan senang dan rasanya mak cik tu pun bekerja dengan senang hati lepas tu. Bahasa dusun yang digunakan sudah bercampur sedikit dengan lotud tuaran..he..he..

Sampai di dalam, lepas baru buka pintu, baru saja melangkah dua tapak...aku pun ucap selamat pagi dengan senyuman manis. Mak cik yang tengah buat kerja di kaunter pun membalas sapaanku juga dengan senyuman.

Terjadi lagi percakapan :

"Puan, saya mahu minta bil telefon, boleh?"
"Boleh, nanti sekejap ya."
"Bil ada bawa tak?"
"Err..bil belum sampai lagi. Tapi nak bayar untuk bulan ni terus."
"Okay, print dulu."

Lepas print.

"Nah, ini dia. Nanti kalau sampai bil, bulan seterusnya bawa bil tu saja ya.
"Okay"

Terus ke kaunter sebelah buat pembayaran. Lepas settle bayaran, terus berkawat kaki kembali ke kereta, masa ni, mak cik yang tengah sapu sampah di luar tu sudah berada di seberang jalan, meneruskan tugasnya menyapu sampah.

Kembali ke parking,masuk kereta,tutup pintu kereta, start enjin, pasang tali pinggang, masuk gear satu, turunkan brake tangan, tekan pedal minyak, lepas sikit class dan vroomm..jalan..he..he..detail ni..^__^

Perjalanan ke tamparuli pun makan masa yang lama sebab jalan jem, tapi tak selambat masa pergi ke Tuaran.

*Saya perolehi satu lagi pelajaran berguna hari ini, yang tak diajar dalam mana-mana degree. Anda pula? Apa pengajaran yang anda dapat dari kisah ini?

Monday, October 25, 2010

Bagaimana menghadapi situasi 1 lawan 1?

Tips ini khusus untuk para pelatih baru yang mendaftar seminggu yang lalu, di bawah Street Fighter Club di bawah pimpinan Alessandro..he..he..akulah tu..dan bimbingan para Master SF.

Masa dalam training, anda semua telah di ajar teknik-teknik stand, basic attack. basic defense dan lain-lain.
Kali ini, dalam entri ini anda akan diberikan tips bagaimana untuk menghadapi situasi 1 lawan 1 pula. Ambil perhatian ya, nanti dalam latihan aku nak test korang satu satu, siap sedialah..ha..ha..

1 lawan 1 dalam situasi kosong [tanpa senjata]

1- Buat stand sedia diikuti dengan ready position untuk menyerang, badan di condongkan 45 darjah.

2- Lihat gerakan lawan, mata dan bahasa isyarat badan.

3- Sekiranya dia menyerang, biarkan serangan sehingga melintasi paras pertahanan luar yang. (kedudukan tangan untuk blok sebarang serangan)

4- Kemudian baru guna grab style dan knees teknik.

5- Gunakan serangan asas seperti hammer fist, lipatan condong dan lain-lain. Jangan gopoh atau kelam kabut, buat gerakan satu persatu dengan pantas dan padu berdasarkan latihan.


1 lawan 1 dalam situasi bersenjata [pisau, parang, senjata api.]

* Penting! Sekiranya anda ingin gunakan sebarang teknik street fighter, saya syorkan untuk parang panjang, anda harus merapatkan badan anda ke badan penyerang anda, serangan parang panjang biasanya tidak berkesan untuk jarak terlalu dekat kerana daya force untuk hayun parang tidak ada.

Manakala untuk pisau pula, teknik kaki lebih saya syorkan kerana kaki lebih panjang dari tangan, ini yang anda harus ingat!

Untuk senjata api pula, jangan sesekali serang jarak dekat atau jauh sekiranya anda tidak pasti, musuh pasti akan terleka sekejap, memandang kiri dan kanan, masa itulah anda bertindak!

Sila praktikkan 34 teknik untuk menghadapi pistol dan senapang yang telah diajarkan pada anda. Latihan keras akan membawa faedah berguna untuk anda di belakang hari.

Para pelatih baru pula diharapkan jangan pernah meniru aksi poison hand teknik yang diajar pada senior anda oleh Master D kerana anda belum tahu apa-apa, sebarang kesilapan teknik akan membawa akibat fatal kerana serangan adalah di bahagian titik kelemahan dan bukan dihentam sembarangan!

Praktis stand posisi kuda, malam ni warm up 10 minit, saya akan uji stand horse anda semua, siapa jatuh siaplah..ha..ha..

p/s: Kejam tak cara saya? Memang kejam! Tapi ada tujuan okay, anda belajar seni mempertahankan diri untuk menghadapi kekejaman dan keganasan di luar sana, tak kan nak self defense cara lembut pula kan? Anda akan berterima kasih pada saya atas latihan keras ini satu masa nanti, di masa anda menghadapi serangan mengejut di luar sana..akhir kata, praktis lebih lagi untuk menjadi seorang ahli seni mempertahankan diri yang unggul!

p/s: Merasa jadi jurulatih kejap, ini pasal Master D ada urusan lah ni..he.he..

Sunday, October 24, 2010

Zaman Saya Muda Dulu?

Belek punya belek, akhirnya aku jumpa gambar lama aku masa tahun 1972, waktu itu aku masih berada di Washington lagi. Zaman muda era 20an masa tu. ^__^

Sekarang aku sudah berusia 62 tahun...he..he..

Jangan terpedaya..he..he..ini semua teknologi punya pasal..nak cipta gambar anda yang seperti ini?
Klik Disini.

Pasal Design Logo Lagi?

Siapakah Kevin Mitnick?

Terlalu banyak hacker yang ada di dunia buat masa ini, tetapi hanya mereka yang telah pass beberapa check list sahaja yang layak bergelar hacker professional.

Dan antara hacker-hacker professional itu, terdapat hanya ada seorang sahaja yang menjadi lagenda dalam dunia hacker.

Setakat ini, yang dikenali sebagai "Legendary Computer Hacker Master" adalah Kevin Mitnick! Siapa yang beri gelaran ini? Tidak lain kalau bukan CNN! Berita pembebasannya satu ketika dahulu selepas dia ditahan menjadi igauan ngeri para syarikat besar seperti syarikat telefon, bus dan banyak lagi.

Badan Keadilan pernah melabel beliau sebagai "Hacker Paling Dikehendaki Di US".

Tidak dinafikan banyak sekali hacker professional yang dikatakan mempunyai tahap kepintaran hacker melebihi Kevin, namun Kevin adalah seorang lagenda. Mengapa dia menjadi lagenda?

1- Berjaya menghack sistem keselamatan kebangsaan di beberapa buah negara.
2- Berjaya menghack alias godam beberapa buah syarikat koprat.
3- Mencuri jutaan dolar dari bank secara online sahaja.
4- Menghack sistem keselamatan telefon, bus, stesen minyak dan mendapat semuanya secara percuma.
5- Mencipta kad kredit palsu, membeli belah tanpa had sesuka hati.
6- Menghack sistem kereta api bawah tanah.
7- Menembusi pertahanan keselamatan dalam negeri termasuk polis dan tentera.
8- Menghack pelbagai software sistem keselamat tahap tinggi (sampai Bill Gates pun takut ni)
9- Ribuan kerja dan kesalahan hacker yang lain.

Kevin Mitnick juga dikenali dengan world famous hacker, world number one of all time hacker dan banyak lagi...

Kevin telah menjadi sebuah lagenda dalam dunia hacking. Malah dia menjadi inspirasi kepada puluhan ribu hacker untuk menjadi professional seperti beliau.

Malah ketika terlibat dalam bidan IT pada awal 2004 dahulu, Kevin merupakan inspirasi saya terutama semasa belajar C++ dan Programming Language.

Terus terang, saya hanya belajar tentang komputer hanya pada tahun 2004. Ini bermakna sudah enam tahun saya kenal komputer. Hanya dalam masa enam tahun sahaja. Padahal dulu saya tak pernah tahu tulis guna komputer, jauh sekali segala software. Anda pula? Sejak bila anda tahu pasal komputer dan IT?

Wednesday, October 20, 2010

Ada tak tutorial self defense yang bagus?

Soalan seperti ini sering ditanyakan pada saya. Ramai orang ingin melihat tutorial seni mempertahankan diri yang baik.

Terus terang, saya belum layak untuk membuat sebarang video tutorial self defense.

Namun, saya ingin kongsikan sesuatu untuk anda, iaitu mengenai dimana anda boleh belajar secara percuma.

Dimana? Klik Sini.

Choson Ninja merupakan himpunan video-video tutorial bagaimana hendak self defense, malah lebih lagi dari itu.

Saya juga belajar banyak teknik dari sini secara diam-diam, maksudnya hanya menonton tanpa tinggalkan komen atau jejak, ia sangat berguna pada saya sejak dari dulu lagi. Terima kasih Choson Ninja.

Saya syorkan anda menonton video-video tutorial self defense yang ada di laman youtube ini. ^__^

Choson Ninja merupakan salah satu tempat saya mempelajari teknik-teknik self defense.

Banyak yang saya belajar, terutamanya bagaimana menghadapi 'kunci' ketika perlawanan, serangan dengan pisau, parang, senjata api dan lain-lain.


Salah sebuah video yang terdapat di Choson Ninja.

Praktikkan apa yang anda pelajari satu persatu dengan kawan anda, jangan risau, belajar seni mempertahankan diri bukan tentang belajar secara cepat tetapi lebih kepada pelajaran sepanjang hidup, saya sendiri telah menghabiskan masa bertahun-tahun belajar seni mempertahankan diri dan masih terus belajar dan akan terus belajar. ^__^

Pelajari teknik mempertahankan diri membantu anda untuk selamat di masa-masa terdesak dan memerlukan. Percayalah! Sangat jarang orang ingin membantu anda ketika anda diserang di jalanan, mereka hanya akan terkebil-kebil melihat. Kenapa? Kerana mereka juga tidak ada pengetahuan dalam seni mempertahankan diri, macamana nak tolong?

Belajar hari ini dan anda mungkin dapat selamatkan nyawa anda, kawan-kawan dan membantu mereka yang memerlukan bantuan anda.

Selamat ber'self defense' semua. :-)

Ultimate Fighting Of Bruce Lee

Mendedahkan beberapa teknik jurus-jurus yang terbaik, koleksi seni mempertahankan diri yang sungguh baik untuk dijadikan koleksi.

Harga : RM 400
Muka Surat : 800
Video : 300
Gambar : 458
Kualiti : 5 Bintang ++

Mendedahkan realiti satu seni kuno yang sangat menakjubkan.

Ini Bukan Photoshop!

Kadang-kadang nilai kreatif yang kita miliki mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Gambar saya dibawah ini sepenuhnya diedit menggunakan microsoft office 2007 tanpa sentuhan photoshop. Ya, ini adalah betul. Tak percaya? Jom tengok :

 
Nampak macam photoshop bukan? Sebenarnya bukan! Ini bukan photoshop ya. ^__^

Monday, October 18, 2010

Cahaya VS Manusia.

Pernahkah anda terfikir bahawa manusia ini adalah sememangnya sangat super hebat dan luar dari kebiasaan?

Jik anda berfikir begitu, tahniah! Ini kerana saya juga berpendapat seperti anda semua.

Tahukah anda bahawa cahaya bergerak lebih laju dari bunyi? Lebih laju dari angin? Lebih laju dari ribut taufan?

Khusus Untuk Wanita : Berhati-hatilah!

Cermin tembus pandang atau cermin dua hala kebiasaannya digunakan untuk pemerhatian di dalam kes-kes seperti pesakit jiwa ataupun dalam tahanan polis, askar dan seumpamanya, khusus bagi memerhatikan orang yang dikurung di dalam sebuah bilik.

Tapi, pernahkah anda terfikir bahawa kemungkinan cermin seperti ini diletakkan di tandas, diletakkan di tempat menyalin pakaian di sesebuah pusat membeli belah, bilik rehat, bilik hotel dan sebagainya?

Sekali imbas seperti cermin biasa, tapi siapa tahu disebalik cermin rupanya ada sebuah bilik khas dan terdapat insan yang tak bertanggungjawab berada di dalam dan mungkin merakam setiap tingkah laku anda.

Ramai orang tidak tahu cara untuk mengenal pasti cermin biasa atau cermin dua hala ini, termasuklah saya sendiri. Hanya segelintir yang tahu, atas sebab atas dasar keprihatinan, saya telah menghasilkan entri ini untuk kita semua.

Mari kita lihat cara-cara efektif bagaimana untuk mengenal pasti cermin dua hala atau tidak.

1- Perhatikan cermin tersebut. Kenal pasti adakah cermin ini tergantung di dinding ataupun tidak? Sekiranya cermin tersebut berada selaras dengan dinding dan tertanam di dalam, berhati-hati kerana ia mungkin cermin dua hala. Cermin normal kebiasaannya akan tergantung di dinding.

2- Tekapkan mata anda dan cuba lindungi bahagian sisi mata anda dengan kedua belah tangan anda, seperti membuat teropong dan pandang ke dalam cermin. Anda akan dapat melihat sekiranya itu cermin dua hala atau tidak, sekiranya ya, anda akan melihat bahagian dalam. Ini kerana anda melihat dengan tangan seperti teropong mencipta keadaan gelap di sekitar mata anda digabungkan dengan cahaya terang di sekeliling anda akan membolehkan anda melihat satu ruang lain di belakang cermin dua hala itu.

3- Ketuk cermin tersebut. Sekiranya cermin biasa, tiada bunyi gema yang kuat, tetapi sekiranya cermin dua hala, bunyi gema dan seperti ada ruang kosong akan kedengaran.

4- Cuba sentuhkan hujung jari kuku anda dengan cermin tersebut. Sekiranya ada sedikit ruang antara jari anda dengan refleksi jari anda di dalam cermin, ini menandakan cermin itu cermin biasa, tetapi sekiranya tidak ada, berhati-hatilah kerana ia adalah cermin dua hala.

 Cermin jenis ni ada ruang di tengah sedikit. Ini cermin biasa. [Selamat]


Ini pula cermin dua hala iaitu cermin yang tiada ruang di tengah.[Tidak Selamat!]

Sedikit Info : Semua cermin adalah sama. Ia dihasilkan dengan cara pembakaran. Namun apa yang menghasilkan cermin yang memantulkan imej? Perhatikan di belakang cermin anda. Beberapa lapisan gentian hijau dan silver diadun dan dilapis sehingga boleh memantulkan imej. Dapatkah gentian hijau dan silver ini memantulkan imej tanpa kaca? Tentu saja boleh! Tetapi tidak terang dan tidak sejelas bila digabungkan dengan kaca, bila digabungkan, maka jadilah cermin yang memantulkan imej. Adunan tadi akan menimbulkan imej floating, oleh sebab itulah mesti ada sedikit ruang antara imej nyata dan imej maya iaitu hasil relekfi kita. Ujian sentuhan dengan hujung jari membuktikannya.

Mengapa? Cuba lakukan percubaan dengan cermin hias anda di rumah, dan kemudian cuba bandingkan pula bila anda sentuh cermin tingkap rumah anda. (tingkap cermin biasa)

Anda pasti boleh melihat perbezaannya bukan?

Lepas ni, boleh test pula sendiri ya. Berhati-hatilah semua. Sebarkan pada kawan-kawan, anak, isteri, ibu dan siapa juga. ^__^..Bahaya ada di mana-mana, kita kena harus hati-hati.

p/s- Paling disyorkan buat teknik-teknik mengesan ni dalam tandas atau tempat ganti baju di shopping mall.

Ikhlas,
Alessandro Rahman.

Kredit Gambar Pada : Blog Shinoxyuna

Sneak Preview Ebook "Design Dengan Microsoft 2007"

Ebook Design Dengan Microsoft 2007 merupakan salah sebuah artwork dalam bentuk ebuku yang menerangkan pada anda bagaimana design dengan hanya menggunakan microsoft office version 2007.

Walaupun anda tidak tahu sebarang teknik photoshop, anda masih boleh design logo, watermark anda sendiri serta hasil kualiti yang setanding dengan photoshop! Malah anda boleh design apa sahaja yang anda mahukan, anda boleh design cover majalah, cover ebook dan banyak lagi. Ciptakan imaginasi anda dan hasilkan mengikut kreativiti yang anda miliki, sudah tentu selepas anda mengetahui bagaimana hendak design dengan microsoft office version 2007 bukan?

Anda lihat logo trademark saya di sebelah kanan blog ini? Saya hasilkannya 100 % tanpa photoshop!

Cover design ini pun dengan menggunakan microsoft office version 2007, tapi tentunya dengan support Box Shot 3D untuk gabungkan ecover yang dibuat dan menghasilkan ecover ebook ni. Bagaimana pendapat anda? Nak survey sikit ni, kalau saya berjaya hasilkan ebook ni nanti, ada orang nak ke?

Sunday, October 17, 2010

Masa Untuk Buat Assignment!

Update ringkas tapi padat. Sibuk buat assignment ni..^___^

Aku terpaksa tinggalkan kejap blog ini dan juga blog bayi yang baru lahir hari ini iaitu Saya Richie Dot Com

Baru nak belajar cara nak guna wordpress + hosting sendiri + Cpanel semua..he..he..

Kalau ada masa, jenguk-jenguklah blog bayi itu ye..^___^

Assignment Falsafah, Assignment Kimia, tunggu..aku akan siapkan dengan penuh perasaan..Yeah..!

Friday, October 15, 2010

Bila gelas kaca dan air digabungkan menjadi muzik indah.




Kreatif kan? Hanya menggunakan gelas kaca dan air, dia dapat memainkan alunan muzik yang sungguh indah sekali.

Lelaki hebat ini adalah Jamey Tumer. Saya teringin nak belajar macamana nak main macam ni, he..he..so nanti boleh buat persembahan pula di Malaysia.

Ada nak cuba tak?

Merenung bintang di malam hari.

Andai diri ini umpama bintang, menghiasi dada langit di waktu malam, membuat berjuta manusia merasa damai, alangkah bagusnya bukan? Tapi diri ini merasa lemah dan jatuh, tersungkur tak bermaya dan tak berdaya.

Laratkah lagi kaki ini untuk bangun kembali? Meneruskan sebuah perjuangan yang belum selesai? Saya lemah, saya jatuh dan tidak berdaya! Adakah ini yang harus aku ungkapkan? Begitu mudahkah menyerah kalah?

Aku menangis di dalam diam, menangis dalam hati, tiada berair mata, tetapi hati ini berdarah, sedih dan kecewa!

Kenapa selama ini, hanya aku yang harus menderita? Kenapa hanya aku yang harus kalah? Kenapa hanya aku yang harus gagal?

Kenapa? Mengapa?

Berdosakah diri ini? Terlaknatkah diri ini? Apakah sudah tidak ada sinar harapan lagi?

Patutkah aku menyerah begitu mudah? Menamatkan sebuah kisah disini?

Benar, aku telah kalah! Aku gagal! Aku jatuh! Punah dan terperosok ke gaung paling dalam sekali.

Tetapi benar!

Disaat aku jatuh ini, suara dari dalam diri ini masih terus berjuang, meminta untuk aku berjuang biarpun harapan memang tipis!

Apakah aku akan menamatkan perjalanan ini? Ataupun berjuang habis-habisan demi orang-orang yang tersayang?

Aku bukan sesiapa dalam dunia ini, hanya penumpang sejati. Mengharap dan berharap dapat berbuat sesuatu yang baik sebelum pergi dan kembali kepadaNya.

Air mata dari dalam terus mengalir...akankah ia terhenti? Mungkin menyambung sebuah noktah yang akan tertulis?

Maafkan diri ini kerana aku memang selalu salah, aku memang selalu berdosa dalam hdup ini. Izinkan aku berbuat baik seketika sebelum pulang yang tak akan kembali semula.

Terima kasih kerana memberi peluang untuk hidup dalam alam ini, sebagai seorang lelaki bergelar Alessandro Richie Rahman.

Sakitku ini sangat dalam dan sangat tajam sekali, bicara kali ini bukan untuk sesiapa. Hanya untuk diri ini. Akankah kegelapan ini terus menyelubungi?

Menangis dan bertaubatlah sementara sempat, jangan menilai kesalahan orang kerana diri sendiri juga penuh dosa dan dosa.

Minta maaflah sebelum semuanya terlambat kerana jika semuanya sudah berlaku. Kita tidak akan pernah ada kesempatan lagi.

"Soira apatai, misusuai moti ralan tokou ti."

Jangan salah faham ya. ^___^

Entri sebelum ini adalah mengenai akaun blogger didozel dot com akan ditutup alias delete. Yup, ia memang betul tapi blog didozel akan terus hidup kawan-kawan. Makna nya Didozel Dot Com akan bertapak di tempat yang baru, iaitu wordpress dan bukan lagi blogspot...he..he..

Mulanya memang tak nak tulis lagi, tapi disebabkan sudah jiwa seorang penulis tegar maka tak dapat nak dinafikan juga, akhirnya aku tulis dan update juga entri dalam blog ni..he..he..

Oh ya, satu lagi, satu kejutan akan melanda dan menggegarkan diri ini tak lama lagi, satu cawangan lain akan dibuka.

Hosting + Domain + Wordpress.

Nak tahu? Tunggu ya. :-)

Didozel Dot Com Akan Di delete Dari Akaun Blogger.

Entri ini kemungkinan sekali entri ter last bersama blogger.com, secara kronologinya entri didozel dot com buat masa ini tidak akan ada lagi penambahan. Ya, inilah yang terlast sekali bersama dengan blogspot.com

Didozel Dot Com akan menutup akaun blogger ini sehari selepas keputusan Domain Giveaway dikeluarkan. Penyertaan untuk mengikuti Domain Giveaway masih dibuka lagi, jangan risau. Pada yang belum menghantar url anda ke email saya, boleh check disini.

Ini kerana Domain Giveaway masih dibuka sehingga 14 November 2010. Cepat join jika mahukan domain untuk blogspot.com anda hari ini. ^___^

Setelah tamat Domain Giveaway ini dan keputusan pemenang telah dibuat serta settle semua urusan domain, maka anda tidak akan lagi jumpa Didozel Dot Com di alam Blogspot.Com ini.

Terima kasih kerana setia mengunjungi Didozel Dot Com pada platform blogger ini. Nampaknya hujung bulan ni kena cash out sekali lagi semua fulus mania hasil pendapatan blog ini. ^___^

Arigatou kerana menolong tingkatkan traffic, sudi mengunjungi ke sini dan sebagainya. Blogspot.Com, saya undur diri. Thanks for the support i had along and through the way my journey as a blogger my friends.

Saya minta maaf sekiranya ada yang sakit hati pada saya secara sedar tak sedar, mungkin kerana marah tak balas kunjungan, saya minta maaf sangat, bukan niat tak hendak membalas kunjungan tapi maklum saja, saya ada ratusan link, ratusan blog yang difollow dan list blogger. Semuanya mencecah ribu dan saya bukanlah blogger sepenuh masa sehingga sempat untuk melawat beribu blog setiap hari, kerana saya juga masih terikat dengan komitmen sebagai seorang pelajar dan penulis.

Sebelum terlupa, dulu ada orang komen pasal ruangan komen yang di bawah setiap post tu. Ya, terdapat masalah dengan komen form tersebut sebab saya guna intense dan default comment sekali, so kadang-kadang ianya bercelaru dan pandai pula memadamkan beberapa komen-komen lain, sebab masuk email saya, ada komen, bila nak buka dah hilang pula. So, di kesempatan ini, saya minta maaf kalau ada yang terasa saya padam komen anda, bukan, ianya adalah masalah komen form.

Untuk hal-hal lain yang berlaku, mungkin kasar bahasa dan lain-lain, saya tidak tahu bagaimana, tapi mungkin ada yang sakit hati. Saya mohon maaf dan ampun.

Pada yang menyokong saya, kawan-kawan, VVIP, thanks, Didozel Dot Com akan tetap hidup!. Itu pasti!

p/s- Aktiviti Blogwalking akan tetap dilakukan sementara menunggu hari penutupan dan lepas dah back up semua file. Adios....

Ikhlas,
Alessandro Rahman.

Encik Koala Biru VS Koala Kuning versi komik manipulasi

Sepatutnya jika betul timing, tak sampai seminit lepas entri golden blogger awards tu keluar, ini pasti akan keluar juga. ^__^

Apa-apa pun, layan je...he..he..


Golden Blogger Awards

Selamat pagi. Entri ini diuruskan oleh encik autoposting ya.

Update kali ini saya ingin memperkatakan mengenai satu award iaitu Golden Blogger Awards. Sebenarnya dah lama dah saya dapat award ni, dah lupa siapa yang bagi. Sorry ya.

Okaylah, ini dia award yang dikatakan limited edition awards. Kenapa? Nilai sendiri..he..he..


Lawa kan? Nak tak award ni? Boleh, sila datang ambil ya.

Saya akan bagi award ini pagi nanti, melalui pemberitahuan di shoutbox anda, pada yang tak dapat message boleh juga ambil. Award ini untuk anda semua, sahabat-sahabat onlineku..^__^. Gold color ni, jangan..he..he..

Disini, saya nak tag beberapa VVIP Didozel Dot Com :

1- Alinac
2- Kak Floellen
3- Bos
4- Cik Imun
5- Keen
6- Long Haffiz (Coretan Perantau)
7- Panadol
8- Padin
9- Wan Hazel
10- Farhana

Okay, dah lepas syarat. Syaratnya hanya satu, iaitu kena tag 10 orang blogger..he.he..okay, saya pass kan pada anda semua pula ya. Pada blogger lain yang tiada nama disini, anda juga boleh ambil. Awards ini untuk kita semua, untuk semua blogger se Dunia..se Malaysia dan se Sabah. ^___^

Thursday, October 14, 2010

Apa perlu buat bila diserang ketika di dalam kereta?

Salam. Pagi ini nak share sikit mengenai serangan mengejut semasa anda sedang dalam kereta.

Pernahkah anda terfikir satu masa, ketika anda berhenti di traffic light, ketika di parking lot atau di mana-mana juga anda sedang berada di dalam kereta dan tiba-tiba ada seseorang cuba membuka pintu kereta anda? Mungkin niat orang tersebut samaada nak curi kereta, nak rompak duit dan lain-lain tetapi ketika itu anda dapat rasakan nyawa anda sedang diambang bahaya.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sebagai peringatan awal, semasa anda di dalam kereta, tidak kira di mana juga, lebih lebih kawasan sunyi, sila kunci semua pintu kereta anda dan tutup semua cermin kuat-kuat. Bahaya ada di mana-mana, berwaspada selalu!

Baiklah, andai kata anda terlupa nak kunci pintu dan ketika itu seseorang cuba hendak membuka pintu kenderaan anda, tindakan terbaik adalah menolak pintu kereta anda. Mengapa? Kerana tenaganya untuk membuka pintu adalah kuat plus dengan tolakan anda, penyerang anda akan jatuh ke tanah.

Bagaimana sekiranya dia mempunyai pistol?

Selepas tolak, pandu kereta anda dan terus pergi ke balai polis. Jangan cuba ambil tindakan turun dan membelasahnya kerana kemungkinan dia ada beberapa kawan lain.

Sekiranya dia acukan pistol dan suruh kita turun pula?

Hanya golongan professional sahaja yang akan menyerang anda menggunakan teknik ini. Menandakan dia cermat dan tak terburu-buru, ada baiknya anda ikut sahaja kehendaknya, yang penting nyawa anda bukan?
Sebab berdasarkan pengalaman, penyerang yang bersenjatakan parang dan pistol pun tidak akan buat begitu melainkan mereka pernah kena tolak semasa pernah membuka kereta lain dahulu..he..he..

Kebiasaannya teknik ini adalah untuk mencuri dan merompak secara cepat dan bukan dengan niat membunuh tetapi ada kalanya penyerang membunuh mangsa sekiranya cuba menjerit atau melawan. Nasihat saya, sekiranya anda tidak dapat lawan, sebaiknya anda lari dan dapatkan pertolongan khususnya dari anggota polis.

Pesanan saya : Walaupun anda rasa tak perlu, tetapi ada baiknya anda lengkap diri anda dengan sedikit ilmu seni mempertahankan diri seperti Tae Kwan Do, Karate, Silat atau lain-lain lagi. Kerana satu masa nanti ia akan berguna untuk anda, berhati-hati dan bersiap sedia sentiasa. Bahaya datang dimana-mana sahaja.

Setakat ini, terdapat banyak kes serangan mengejut yang melibatkan nyawa semata-mata untuk merompak :

1- Serangan ketika sedang keluar rumah. Sepasang suami isteri baru hendak keluar dari rumah dengan kereta mereka. Si anak melambai-lambai pada ibu-bapanya, di depan mata mereka, 10 buah motosikal dan lebih kurang 17 orang lelaki menyerang tiba-tiba, menyebabkan kematian anak di depan mata.

2- Serangan ketika sedang mengeluarkan wang di ATM Bank.

3- Serangan ketika hendak ke tandas.

4- Serangan ketika sedang masuk kereta, sedang dalam kereta dan tengah keluar dari kereta.

5- Serangan ketika berada di Cyber Cafe.

6- Serangan ketika di kedai makan/ restaurant / hotel.

7- Serangan ketika di kedai emas.

8- Serangan ketika di KFC/ Tesco / Seven 11.

9- Serangan ketika sedang berjalan / jogging.

10. Serangan ketika di mana-mana sahaja.

Mempelajari sedikit teknik mempertahankan diri dapat membantu menyelamatkan diri, nyawa anda dan mungkin orang lain. Jangan berlengah dan cari satu Kelab Seni Mempertahankan Diri berhampiran anda hari ini juga. Satu dua teknik yang anda pelajari mungkin sangat berguna lagi. Percayalah cakap saya. Hanya melalui praktis dan aplikasi anda akan tahu bagaimana hendak defense diri anda semasa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ingatlah kawan-kawan semua, dunia semakin lama semakin hilang rasa belas kasihan, manusia sudah tidak teragak-agak untuk membunuh biarpun hanya untuk RM 10! Percayalah!

Bayaran bulatan seni mempertahankan diri, kalau Shotokan Karate baru RM 15 - 25 sahaja per bulan. Untuk kelab seni mempertahankan diri lain, anda boleh rujuk mana-mana branch self defense di tempat anda. Saya pasti yang setidak tidaknya mesti ada satu kelab bukan? ^___^

Bak kata guru saya, "practice hard and fight easy."

Jangan lupa berdoa tidak kira dimana jua anda berada, berdoalah sebelum anda memulakan dan mengakhiri sesuatu. Berdoa agar anda selamat dan dirahmati untuk segala urusan anda, berdoa dan bersyukur kerana selamat dan berjaya dalam tugasan.

Panjang celoteh kan? He..he..sorry..^___^..ikhlas untuk anda semua..

Wednesday, October 13, 2010

Apa Makna Didozel?

Okay, banyak dah orang tanya ni. Kenapa didozel? Apa istimewanya perkataan didozel sehingga ianya begitu sinonim dengan saya? Alessandro Rahman juga dikenali dengan nama Master Didozel tapi nama ni tak berapa famous lah kan..he..he..opps..tapi Master D bukan Master Didozel ya...dua insan berlainan jurus..ha..ha..

Masa kecil -kecil dulu, ada famous satu karakter kartun yang dipanggil pida dido. Ingat tak? Selalu ada dibaju ni..he..he..siapa yang tak tahu maknanya zaman kecil anda tidak sama dengan zaman kecil saya..ha..ha..

Pida Dido ni kemudian dihidupkan semula melalui Didozel. Dido adalah dari Pida Dido.

Manakala Zel pula adalah Z.E.L iaitu Zaman E-Linear. E tu maknanya yang merangkumi internet, dunia tanpa sempadan, elektronik dan sebagainya. Linear tu garisan..lebih kurang sejajar dan lurus...so maju ke hadapan.

So Didozel Dot Com ini adalah zaman dulu + zaman sekarang yang penuh dengan kecanggihan akan terus maju ke hadapan...he..he..best tak?

Atas sebab itulah Didozel Dot Com begitu istimewa, bukannya sembarangan nama tanpa tujuan je..

Selamat malam semua. Dah nak tidur ni..^___^

Apa yang anda akan buat bila kejadian ini menimpa anda?

Kisah ini berlaku pada bulan ogos yang lalu. Masa tu tengah nak sambut bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Aku tengah drive ke OUM time tu. Jalan memang sesak dan penuh.

Tapi yang benar-benar buat aku tersentak seketika adalah di tengah-tengah keributan kenderaan yang tengah menghala ke haluan masing-masing, bendera Malaysia kita yang tercinta betul-betul di atas lantai jalan raya, bendera jalur gemilang kita!

Sedih sangat sebab semua, diulangi semua! Semua kenderaan yang lain hanya memijak mijak bendera tersebut. Seakan-akan tidak dipedulikan langsung. Benar! Ini bukan rekaan. Apa yang sedih adalah kenderaan polis sendiri pun turut memijak-mijak bendera yang tengah tersadai di atas jalan raya.

Aku nak berhentikan kereta untuk ambil bendera tapi bendera tu berada di jalan yang sebelah lagi. Laluan disini adalah laluan sehala dua lorong dan dua lorong sehala lain menuju ke arah bertentangan, disanalah bendera Malaysia tercinta dipijak dan dipijak oleh tayar-tayar hitam yang pemandunya rakyat Malaysia!

Aku berhenti di tepi jalan dan berjalan kaki sejauh 100 meter. Dengan penuh perasaan sedih berbaur gembira kerana dapat mengambil bendera Malaysia dan diselamatkan dari terus dipijak-pijak.

Agak-agak ramai pemandu yang tengok time tu. Aku buat selamba je. Aku boleh buat stop pada kenderaan lain dan ambil bendera tu.

And then sambung balik perjalanan ke OUM. Bukan membangga diri menceritakan perkara ini, hanya membawa kita semua merenung cerita benar ini. Apa yang anda akan buat jika lihat bendera Malaysia dipijak-pijak?

Thursday, October 7, 2010

Kisah Encik Kobudo Shan Di Dunia Imaginasi Oleh Alessandro Rahman [Bahagian Satu]





Kali ini perjalanan Encik Kobudo Shan mengembara ke dunia imaginasi telah membawanya memasuki alam dunia samurai di Jepun beratus tahun dahulu, zaman kegemilangan samurai. Apakah yang terjadi seterusnya? Nantikan kisah selanjutnya dalam bahagian kedua. [ada 4 gambar dalam kisah pertama ini tapi gambar kedua terpaksa tidak diupload atas sebab-sebab tertentu]

Tuesday, October 5, 2010

Bagaimana Hendak Selamat Dari Gigitan Ular?

Entri kali ini adalah khusus selepas saya melawat blog Kak Ellen, dan membaca mengenai post Nemo dipatuk ular.

Maka, saya buatkan entri ini khas untuk Kak Ellen dan Nemo. Semoga cepat sembuh ya ^__^.

Ini merupakan himpunan petua dan ajaran dari orang tua, guru dan petua aki-aki dahulu kala. Benar atau tidak, saya tidak dapat mengesahkannya kerana saya tidak pernah di patuk ular sebelum ini.

Ular merupakan salah satu dari binatang buas antara paling ditakuti kerana bisanya yang amat kuat. Apatah lagi jika ular yang berbisa dan bisanya juga diketahui boleh 'membunuh' dalam hitungan detik.

Belerang merupakan alat terbaik untuk menghalau ular, hanya perlu taburkan sahaja di sekeliling rumah dan ular pasti tidak akan berani mendekati. Namun, pada pengalaman saya sebelum ini, terdapat juga ular yang tidak takut dengan belerang, cuma jarang sekali ada ular berani melintasi kawasan yang telah ditabur belerang.


Bagaimanapun ni untuk melemahkan bisa ular sahaja, dapatkan juga bantuan doktor. Ini adalah ikhtihar sementara ke klinik.

Petua Pertama
Asam jawa. Asam jawa di tampal ke tempat yang digigit ular, racun dan bisa ular akan keluar.

Petua Kedua
Cuka getah. ranting kayu dicelup ke dalam cuka getah yang masih belum ada campuran apa-apa, kemudian di tekapkan ke bekas gigitan ular. [Cara ini memang menyakitkan, tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa, bekas gigitan mungkin akan melecur sedikit.]

Petua Ketiga
Katak. Katak ditekapkan pada gigitan ular tersebut, sebaiknya bahagian mulut kerana bisa ular akan dihisap keluar dan kemudian beralih ke katak pula.

Ini pula petua guru saya.
# Bukan bertujuan menyesatkan sesiapa, hanya sebagai petua semata-mata, guru saya pernah mengatakan, bahawa dengan memakan hempedu ular tanpa meminum air. Untuk ini, perlu dicari ular paling berbisa sekali iaitu King Cobra. [Saya tidak syorkan anda cuba method ini kerana saya sendiri tidak pernah buat]

Ini pula petua dari seorang ilmuwan hebat untuk mengelakkan dari diserang ular.
Anda perlu sebut  Akar Rotan berulang kali sehingga ular itu berhenti.


Jangan Lakukan Ini Ketika Anda Digigit Ular!

1- Jangan cemas, kerana cemas boleh melajukan kadar denyutan jantung seterusnya mempercepatkan jantung pam darah lalu membawa bisa ke seluruh anggota badan dengan lebih cepat.

2- Anda pernah lihat di TV, seseorang mengeluarkan bisa racun dengan menghisapnya bukan? JANGAN BUAT BEGITU! Kerana menghisap racun ular boleh membuat mulut menjadi rosak, gigi dan lidah dicemari racun dan mungkin berbahaya kepada anda, lebih lagi.


3- Jangan terlalu banyak bergerak, usahakan untuk mengikat dengan ketat 2 inci dari tempat yang digigit. Bahagian sebelah atas. (pastikan tidak terlalu ketat)


Anda harus berjumpa doktor dengan segera selepas itu. Pastikan mendapat rawatan yang betul dengan mengecam jenis ular yang mematuk anda.

Setakat ini saja yang boleh saya kongsikan untuk anda. Kepada pengguna Quantum Pendant, anda boleh lekapkan Quantum Pendant milik anda ke bahagian badan yang digigit ular, biarkan selama 5 - 10 minit kemudian baru anda buka, rendam dalam air selama 5 minit dan ulangi langkah itu. Selepas itu, rendam Quantum Pendant anda semalaman bagi membuang bisa ular sepenuhnya sebelum memakainya kembali.

# Elakkan tempat yang mempunyai banyak ular, kawan semak dan lain-lain.
# Entri ini tidak bermaksud untuk mengguris hati dan perasaan sesiapa pun. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya ada yang kurang senang saya postkan entri ini.
# Jangan lupa berdoa, kerana Kuasa Tuhan boleh meredam ular paling bisa sekalipun. ^___^

Tutorial Ringkas - Bagaimana Nak Buat Animated Banner Sendiri?

Okay, untuk tutorial ini, anda harus pergi ke laman web Photofunia Dot Com

Klik open new window ya.

Kemudian anda akan nampak banyak style effect yang ada, scroll down mouse anda sehingga nampak [Animator]

Kemudian masukkan gambar anda, anda boleh crop nanti mengikut kesesuaian anda. Kelebihan software online ni adalah ianya dapat dihasilkan combaine sehingga 5 gambar.

Ikuti step by step yang ada, boleh pilih berapa lama untuk show sesuatu image itu.

Anda telah siap. Bolehlah anda memiliki banner anda sendiri mulai hari ini.

# Anda boleh cuba himpunan effect yang lain pula ^__^..banyak yang ada tu, jadi jangan sia-siakan ya..

Tips dan info.

Rasanya, ramai dah orang tahu bagaimana hendak membuat banner dan macamana nak letak banner ke sisian blog supaya pelawat yang berminat boleh ambil banner tu. ^__^

Namun, khusus untuk yang tidak tahu, saya tunjukkan langkah demi langkah.

Ramai orang menggunakan photobucket, flickr, image hosting dan banyak lagi untuk upload banner atau apa sahaja, tetapi pada saya, anda boleh guna self-hosted di blog anda sendiri.

Bagaimana?
Ianya sungguh mudah, mula-mula buka new post, dalam ruangan title, sila letakkan "self-hosted" atau apa pun nama yang anda inginkan.

Lepas tu, anda upload gift banner image yang telah dihasilkan menggunakan photofunia animator creator.

Kemudian savekan post anda itu, tak perlu publish ya. Sebelum save, sila klik kanan image banner anda dan copy link location.

Di ruangan design, klik add gadjet, kemudian pilih html/java script.


Taipkan :

<a href="Isikan ruangan ini dengan url blog anda" target="_blank"><img alt=".." border="0" height="180" src="Isikan ruangan ini dengan link image yang anda telah copy link location tadi" width="180" /></a>

Anda boleh buang bahagian border, height dan width. Ianya adalah bertujuan untuk mengawal saiz banner anda. ^__^

Kini, anda dah ada banner kan? Bolehlah exchange banner lepas ni..he..he..

Selamat Mencuba kawan-kawan ^__^

Tutorial-Bagaimana Nak Buat Banner Slide Show?

Selamat pagi semua. Okaylah, hari ni nak buat tutorial sikit mengenai bagaimana nak buat slide show banner, khusus untuk pamerkan banner kawan-kawan kita dalam ruangan yang terhad dan sedikit.

Baiklah, rasanya tak payah panjang dan memeningkan bukan?

Mula-mula, copy and paste html code ni dalam ruangan add gadjet-html code anda.

<marquee bgcolor="#88888888" direction="up" style="color:white;500px;"
onmouseover="this.stop()"
onmouseout="this.start()"><br />ISIKAN RUANGAN INI DENGAN CODE BANNER</marquee>

Jangan lupa gantikan ruang yang warna biru tu dengan code html banner anda ya.

Tips dan Info :

Marquee bgcolor tu telah diselaraskan dengan visible colour, jadi background slide show anda tidak akan kelihatan. Anda boleh tukar bila-bila masa yang anda mahu dengan mengubah nombor-nombor tersebut.

Direction tu pula adalah arah mana anda hendak banner anda bergerak, dalam code ini saya telah set kan dengan gerakan menaik, terpulang pada anda nak tukar kepada down, left atau right.

Code onmouseover dan onmouseout tu pula saya telah setkan apabila anda gerakkan mouse anda ke atas banner, secara automatik, ia akan berhenti bergerak dan bila anda gerakkan lagi mouse anda, banner akan bergerak seperti biasa.

Sekiranya anda hendak masukkan lebih dari satu code banner, sila pastekan secara terus, jangan biarkan terdapat ruang kosong. Biarkan semua code bersambung.

Saya syorkan anda masukkan 10 code banner sahaja di dalam satu satu slide show. Pengalaman saya yang meletakkan hampir 50 banner, loading menjadi sangat lambat, boleh cuba buat dua atau tiga slide show banner, sebab anda dah tahu codenya bukan? ^___^

Ambil perhatian, code <br /> akan memisahkan satu code banner dengan code banner yang lain. Buang code ini mengikut kesesuaian, terdapat banyak code ini dalam satu-satu html code banner sekiranya anda menggunakan perisian khas untuk buat banner seperti mybannermaker.com.

Ada beberapa orang yang telah bertanya tentang ini sebelum ini, cuma saya sangat sibuk dan menangguh-nangguh untuk membuat tutorial mengenainya, sehingga semalam, Cik Alinac telah bertanya pada saya, baru nak ingat buat tutorial ni, maaf ya. :-)

Kalau ada masalah dalam memasang slide show banner ni, sila jangan segan tanya saya terus ya. Terima kasih. Arigatou ^__^

Monday, October 4, 2010

Design Baru Dari Didozel Dot Com




Saya baru saja selesai design 3 benda ni iaitu facebook kreatif icon, blogger kreatif icon dan key chain valentine icon. Semuanya dalam bentuk PNG. Copy and paste sekiranya anda ingin gunakan icon ni ya. Tapi jangan edit bahagian created by tu. Nak logo yang tiada tanda created by? Boleh, tiada masalah. Cuma kena tempahlah..he..he..^___^

Kucing ada ilmu mengapungkan diri?

Hah? Benarkah ini? Orang kata, sekeping gambar boleh menutup seribu ayat...saksikan sendiri

Adakah anda rasa ini merupakan sebuah photoshop atau khayalan atau kreativiti?

Apa pendapat anda? Perhatikan gambar diatas. Sekali imbas nampak besar gila telur-telur tu kan? Rasa-rasa ori tak telur tu?

Jawapannya : Ya!

Perhatikan dengan saksama ruangan dapur tu. Ia adalah ruangan dapur buatan yang kecil dan direka khas bagi menempatkan telur-telur tu, kemudian gambar di zoom in dan image pun di capture. Smart kan? Tak payah pakai photoshop, telur pun boleh jadi seakan-akan besar..^__^

Untuk pengunjung Didozel Dot Com, anda inginkan logo dan badge percuma yang menarik? Copy and paste logo scary di bawah ini hanya di Didozel Dot Com, kerana saya sendiri yang reka dan hasilkan hallowen logo ini. Kalau sudi ambil ya. Anda boleh lekatkan di dalam gambar anda dan juga mungkin untuk gambar-gambar scary milik anda untuk menambahkan elemen seram...hihi..hihi..ha..ha..



Saya sediakannya di dalam dua style, anda boleh pilih satu yang mana anda suka atau kedua-duanya sekali. Format kedua-dua logo ini adalah PNG. Nak cipta logo anda seperti ini? Boleh tempah dari saya hari ini. ^__^. Anda ciptakan imaginasi anda, seperti mana yang anda inginkan logo anda itu dan saya akan berusaha sehabis baik untuk membuat logo impian anda itu hari ini. Cepat-cepat sebelum pelancaran mega ebuku design, sebab lepas pelancaran, harga tempahan akan meningkat.

Hubungi saya melalui email Alessandrorahman@ymail.com atau tinggalkan komen anda di ruangan komen di bawah.Terima kasih.