Tapi, pernahkah anda terfikir bahawa kemungkinan cermin seperti ini diletakkan di tandas, diletakkan di tempat menyalin pakaian di sesebuah pusat membeli belah, bilik rehat, bilik hotel dan sebagainya?
Sekali imbas seperti cermin biasa, tapi siapa tahu disebalik cermin rupanya ada sebuah bilik khas dan terdapat insan yang tak bertanggungjawab berada di dalam dan mungkin merakam setiap tingkah laku anda.
Ramai orang tidak tahu cara untuk mengenal pasti cermin biasa atau cermin dua hala ini, termasuklah saya sendiri. Hanya segelintir yang tahu, atas sebab atas dasar keprihatinan, saya telah menghasilkan entri ini untuk kita semua.
Mari kita lihat cara-cara efektif bagaimana untuk mengenal pasti cermin dua hala atau tidak.
1- Perhatikan cermin tersebut. Kenal pasti adakah cermin ini tergantung di dinding ataupun tidak? Sekiranya cermin tersebut berada selaras dengan dinding dan tertanam di dalam, berhati-hati kerana ia mungkin cermin dua hala. Cermin normal kebiasaannya akan tergantung di dinding.
2- Tekapkan mata anda dan cuba lindungi bahagian sisi mata anda dengan kedua belah tangan anda, seperti membuat teropong dan pandang ke dalam cermin. Anda akan dapat melihat sekiranya itu cermin dua hala atau tidak, sekiranya ya, anda akan melihat bahagian dalam. Ini kerana anda melihat dengan tangan seperti teropong mencipta keadaan gelap di sekitar mata anda digabungkan dengan cahaya terang di sekeliling anda akan membolehkan anda melihat satu ruang lain di belakang cermin dua hala itu.
3- Ketuk cermin tersebut. Sekiranya cermin biasa, tiada bunyi gema yang kuat, tetapi sekiranya cermin dua hala, bunyi gema dan seperti ada ruang kosong akan kedengaran.
4- Cuba sentuhkan hujung jari kuku anda dengan cermin tersebut. Sekiranya ada sedikit ruang antara jari anda dengan refleksi jari anda di dalam cermin, ini menandakan cermin itu cermin biasa, tetapi sekiranya tidak ada, berhati-hatilah kerana ia adalah cermin dua hala.
Cermin jenis ni ada ruang di tengah sedikit. Ini cermin biasa. [Selamat]
Ini pula cermin dua hala iaitu cermin yang tiada ruang di tengah.[Tidak Selamat!]
Sedikit Info : Semua cermin adalah sama. Ia dihasilkan dengan cara pembakaran. Namun apa yang menghasilkan cermin yang memantulkan imej? Perhatikan di belakang cermin anda. Beberapa lapisan gentian hijau dan silver diadun dan dilapis sehingga boleh memantulkan imej. Dapatkah gentian hijau dan silver ini memantulkan imej tanpa kaca? Tentu saja boleh! Tetapi tidak terang dan tidak sejelas bila digabungkan dengan kaca, bila digabungkan, maka jadilah cermin yang memantulkan imej. Adunan tadi akan menimbulkan imej floating, oleh sebab itulah mesti ada sedikit ruang antara imej nyata dan imej maya iaitu hasil relekfi kita. Ujian sentuhan dengan hujung jari membuktikannya.
Mengapa? Cuba lakukan percubaan dengan cermin hias anda di rumah, dan kemudian cuba bandingkan pula bila anda sentuh cermin tingkap rumah anda. (tingkap cermin biasa)
Anda pasti boleh melihat perbezaannya bukan?
Lepas ni, boleh test pula sendiri ya. Berhati-hatilah semua. Sebarkan pada kawan-kawan, anak, isteri, ibu dan siapa juga. ^__^..Bahaya ada di mana-mana, kita kena harus hati-hati.
p/s- Paling disyorkan buat teknik-teknik mengesan ni dalam tandas atau tempat ganti baju di shopping mall.
Ikhlas,
Alessandro Rahman.
Kredit Gambar Pada : Blog Shinoxyuna
No comments:
Post a Comment