Andai diri ini umpama bintang, menghiasi dada langit di waktu malam, membuat berjuta manusia merasa damai, alangkah bagusnya bukan? Tapi diri ini merasa lemah dan jatuh, tersungkur tak bermaya dan tak berdaya.
Laratkah lagi kaki ini untuk bangun kembali? Meneruskan sebuah perjuangan yang belum selesai? Saya lemah, saya jatuh dan tidak berdaya! Adakah ini yang harus aku ungkapkan? Begitu mudahkah menyerah kalah?
Aku menangis di dalam diam, menangis dalam hati, tiada berair mata, tetapi hati ini berdarah, sedih dan kecewa!
Kenapa selama ini, hanya aku yang harus menderita? Kenapa hanya aku yang harus kalah? Kenapa hanya aku yang harus gagal?
Kenapa? Mengapa?
Berdosakah diri ini? Terlaknatkah diri ini? Apakah sudah tidak ada sinar harapan lagi?
Patutkah aku menyerah begitu mudah? Menamatkan sebuah kisah disini?
Benar, aku telah kalah! Aku gagal! Aku jatuh! Punah dan terperosok ke gaung paling dalam sekali.
Tetapi benar!
Disaat aku jatuh ini, suara dari dalam diri ini masih terus berjuang, meminta untuk aku berjuang biarpun harapan memang tipis!
Apakah aku akan menamatkan perjalanan ini? Ataupun berjuang habis-habisan demi orang-orang yang tersayang?
Aku bukan sesiapa dalam dunia ini, hanya penumpang sejati. Mengharap dan berharap dapat berbuat sesuatu yang baik sebelum pergi dan kembali kepadaNya.
Air mata dari dalam terus mengalir...akankah ia terhenti? Mungkin menyambung sebuah noktah yang akan tertulis?
Maafkan diri ini kerana aku memang selalu salah, aku memang selalu berdosa dalam hdup ini. Izinkan aku berbuat baik seketika sebelum pulang yang tak akan kembali semula.
Terima kasih kerana memberi peluang untuk hidup dalam alam ini, sebagai seorang lelaki bergelar Alessandro Richie Rahman.
Sakitku ini sangat dalam dan sangat tajam sekali, bicara kali ini bukan untuk sesiapa. Hanya untuk diri ini. Akankah kegelapan ini terus menyelubungi?
Menangis dan bertaubatlah sementara sempat, jangan menilai kesalahan orang kerana diri sendiri juga penuh dosa dan dosa.
Minta maaflah sebelum semuanya terlambat kerana jika semuanya sudah berlaku. Kita tidak akan pernah ada kesempatan lagi.
"Soira apatai, misusuai moti ralan tokou ti."
Alessandro...
ReplyDeletekadang2 kita seringkali merasakan yang perjalanan hidup ini kerap membuatkan kita rasa tidak adil.. mengapa hanya kita yg harus terima segalanya.. tapi sebenarnya liku-liku keperitan itulah yang mengajar kita erti kebahagiaan... dont give up.. kuatkan semangat dan bangkitla kehadapan.. Buli bha kalo ko!!! (^__^)
-----> kadang2 kala saya pun rasa tidak puas hati dengan apa yg berlaku... hehehe
salam
ReplyDeletedan kadang2 yang tidak menyenangkan dari kurnia Allah SWT itu adalah yang terbaik untuk kita.
wallahu'alam