Salam. Pagi ini nak share sikit mengenai serangan mengejut semasa anda sedang dalam kereta.
Pernahkah anda terfikir satu masa, ketika anda berhenti di traffic light, ketika di parking lot atau di mana-mana juga anda sedang berada di dalam kereta dan tiba-tiba ada seseorang cuba membuka pintu kereta anda? Mungkin niat orang tersebut samaada nak curi kereta, nak rompak duit dan lain-lain tetapi ketika itu anda dapat rasakan nyawa anda sedang diambang bahaya.
Apa yang perlu anda lakukan?
Sebagai peringatan awal, semasa anda di dalam kereta, tidak kira di mana juga, lebih lebih kawasan sunyi, sila kunci semua pintu kereta anda dan tutup semua cermin kuat-kuat. Bahaya ada di mana-mana, berwaspada selalu!
Baiklah, andai kata anda terlupa nak kunci pintu dan ketika itu seseorang cuba hendak membuka pintu kenderaan anda, tindakan terbaik adalah menolak pintu kereta anda. Mengapa? Kerana tenaganya untuk membuka pintu adalah kuat plus dengan tolakan anda, penyerang anda akan jatuh ke tanah.
Bagaimana sekiranya dia mempunyai pistol?
Selepas tolak, pandu kereta anda dan terus pergi ke balai polis. Jangan cuba ambil tindakan turun dan membelasahnya kerana kemungkinan dia ada beberapa kawan lain.
Sekiranya dia acukan pistol dan suruh kita turun pula?
Hanya golongan professional sahaja yang akan menyerang anda menggunakan teknik ini. Menandakan dia cermat dan tak terburu-buru, ada baiknya anda ikut sahaja kehendaknya, yang penting nyawa anda bukan?
Sebab berdasarkan pengalaman, penyerang yang bersenjatakan parang dan pistol pun tidak akan buat begitu melainkan mereka pernah kena tolak semasa pernah membuka kereta lain dahulu..he..he..
Kebiasaannya teknik ini adalah untuk mencuri dan merompak secara cepat dan bukan dengan niat membunuh tetapi ada kalanya penyerang membunuh mangsa sekiranya cuba menjerit atau melawan. Nasihat saya, sekiranya anda tidak dapat lawan, sebaiknya anda lari dan dapatkan pertolongan khususnya dari anggota polis.
Pesanan saya : Walaupun anda rasa tak perlu, tetapi ada baiknya anda lengkap diri anda dengan sedikit ilmu seni mempertahankan diri seperti Tae Kwan Do, Karate, Silat atau lain-lain lagi. Kerana satu masa nanti ia akan berguna untuk anda, berhati-hati dan bersiap sedia sentiasa. Bahaya datang dimana-mana sahaja.
Setakat ini, terdapat banyak kes serangan mengejut yang melibatkan nyawa semata-mata untuk merompak :
1- Serangan ketika sedang keluar rumah. Sepasang suami isteri baru hendak keluar dari rumah dengan kereta mereka. Si anak melambai-lambai pada ibu-bapanya, di depan mata mereka, 10 buah motosikal dan lebih kurang 17 orang lelaki menyerang tiba-tiba, menyebabkan kematian anak di depan mata.
2- Serangan ketika sedang mengeluarkan wang di ATM Bank.
3- Serangan ketika hendak ke tandas.
4- Serangan ketika sedang masuk kereta, sedang dalam kereta dan tengah keluar dari kereta.
5- Serangan ketika berada di Cyber Cafe.
6- Serangan ketika di kedai makan/ restaurant / hotel.
7- Serangan ketika di kedai emas.
8- Serangan ketika di KFC/ Tesco / Seven 11.
9- Serangan ketika sedang berjalan / jogging.
10. Serangan ketika di mana-mana sahaja.
Mempelajari sedikit teknik mempertahankan diri dapat membantu menyelamatkan diri, nyawa anda dan mungkin orang lain. Jangan berlengah dan cari satu Kelab Seni Mempertahankan Diri berhampiran anda hari ini juga. Satu dua teknik yang anda pelajari mungkin sangat berguna lagi. Percayalah cakap saya. Hanya melalui praktis dan aplikasi anda akan tahu bagaimana hendak defense diri anda semasa kejadian yang tidak diingini berlaku.
Ingatlah kawan-kawan semua, dunia semakin lama semakin hilang rasa belas kasihan, manusia sudah tidak teragak-agak untuk membunuh biarpun hanya untuk RM 10! Percayalah!
Bayaran bulatan seni mempertahankan diri, kalau Shotokan Karate baru RM 15 - 25 sahaja per bulan. Untuk kelab seni mempertahankan diri lain, anda boleh rujuk mana-mana branch self defense di tempat anda. Saya pasti yang setidak tidaknya mesti ada satu kelab bukan? ^___^
Bak kata guru saya, "practice hard and fight easy."
Jangan lupa berdoa tidak kira dimana jua anda berada, berdoalah sebelum anda memulakan dan mengakhiri sesuatu. Berdoa agar anda selamat dan dirahmati untuk segala urusan anda, berdoa dan bersyukur kerana selamat dan berjaya dalam tugasan.
Panjang celoteh kan? He..he..sorry..^___^..ikhlas untuk anda semua..
No comments:
Post a Comment