Sunday, October 3, 2010

Silat Lagenda VS Street Fighter ?

Suatu Kisah Di Petang Sabtu (Perkara Semalam)

Seperti rutin biasa, setiap petang aku akan melatih skill street fighter ke atas kantung pasir yang tergantung megah (suka guna pasir berbanding kain sebab lebih berat dan padat) di suatu tempat rahsia yang digelar "Gorujus Dojo"

Tak semena-mena, telefon berbunyi. Aku pun sambut. [ikuti perbualan seterusnya dengan nada serius]

"Hello, bos. Selamat petang"
"Hello, napa?"
"Ni, ada budak nak challenge ko fight?"
"Hah? Biar betul? Siapa?"
"Jackson."
"Jackson? Dari mana? Berapa umur?"
"Ranau. 26."
"Apasal dia nak challenge aku fight?"
"Ala..ini semua pasal video fight dulu. Dia kata nak challenge ko, main betting budak ni bos. Kalau saya, saya terima je."
"Berapa?"
"Sepuluh ribu bos"
"Hah? Wei, banyak gila tu, bila nak start." (nada dah tak sabar, sepuluh ribu ringgit malaysia tu..jangan..he.he..)
"Petang ni juga, kami dah on the way ke sana."
"What? Wei, ko dah setuju pun tanpa tanya aku dulu?"
"Rilex bos, jumpa dulu disana, kalau ko tak nak, tak payah fight. Just jumpa dulu."

Maka, aku pun suruh Apeng mempersiapkan gelanggang, sebab aku hampir pasti satu pertarungan akan berlaku juga petang ini.

Lebih kurang 30 minit menunggu, dua buah van sampai. Satu van milik si Sam, orang yang call aku tadi, ada beberapa orang juga di dalamnya.

Van yang satu lagi ada lebih kurang 7 orang. Mana satu yang nak fight ni?

Seorang lelaki berbadan sasa muncul dan memperkenalkan diri sebagai Farid. Inilah dia yang nak challenge aku fight tu?

Tiba-tiba aku dapat call lagi, kali ini panggilan kawan seuniversiti aku, dia cakap malam ni nak buat assignment kat rumah dia. Aku pun cakap okay je.

Aku fikir balik, kalau malam ni nak buat assignment tak kan nak fight pula...penat nanti, tapi RM 10 000 tu seperti bersinar-sinar je...nak ke tak nak ni?

"Wei bro, kenapa? Takut ke?" Suara Farid membawaku sedar dari lamunan.

"Jaga sikit mulut ko Farid, ini WD lah, mana mungkin takut." Sam menepuk-nepuk dadaku.

"Maaf, bukan hari ini." Aku pun terus blah dengan keretaku dari Dojo meninggalkan semua orang terkebil-kebil.

Aku sempat sms Sam.

'Hari ini aku ada urusan, cakap dengan dia minggu depan, hari jumaat'

dan mendapat balasan.

'Ok bos, dia sedia.'

Mengapa aku menolak? Sebab orang ini bukan sembarangan, dia adalah Farid Jamaluddin, salah seorang pendekar yang mengamalkan sejenis silat lama yang dipanggil jurus silat harimau. Mujur aku mengenali baju yang dipakainya, ada trademark istimewa disitu.

Apa yang menjadi pertanyaanku, mengapa dia ingin melawanku dan mempertaruhkan RM 10 000? Jumlah yang cukup banyak sekali bagi diri ini.

Aku menilai diriku sendiri, aku juga pengamal jurus, tapi mampukah jurus 4 formasi yang sempat aku belajar mengalahkan jurus harimau?

Hmm..a'ah..pendekar abang! Nasib baik aku ingat, rasanya dia belum menunaikan janjinya untuk mengajarkan padaku jurus naga yang dia miliki.

Keistimewaan jurus naga adalah belitan dan cakaran maut, mengapa? Sebab sungguh kuat dan cool..he.he..ramai yang tak tahu sebenarnya teknik ni. Tapi sempatkah dalam beberapa hari je aku memahirkan diri dengan teknik asas? Nak sampai advance kena latih hari-hari, asalkan tahu basic form, dah memadai untuk aku mendapatkan konfidenku untuk melawannya nanti.
 

No comments:

Post a Comment