Pernahkah anda terfikir bahawa manusia ini adalah sememangnya sangat super hebat dan luar dari kebiasaan?
Jik anda berfikir begitu, tahniah! Ini kerana saya juga berpendapat seperti anda semua.
Tahukah anda bahawa cahaya bergerak lebih laju dari bunyi? Lebih laju dari angin? Lebih laju dari ribut taufan?
Semasa hari hujan, pernahkah anda mendengar guruh di langit? Perhatikan langit ketika itu. Dimana yang terlebih dulu, kilat atau guruh? Saya pasti anda akan melihat kilat dahulu baru bunyi dentuman guruh yang menggegarkan jantung bukan? Ini merupakan bukti, bahawa bunyi pun tidak dapat challenge cahaya dalam soal kelajuan!
Jauh sekali angin, ribut dan lain-lain. Cahaya matahari bergerak ke bumi selaju 2999, 792 kilometer untuk hanya satu saat..iaitu bersamaan 499.0 saat atau 8 minit lebih untuk sampai ke bumi! Wala! Laju sangat kan? Jutaan kilometer tu..
Namun! Kita lebih hebat lagi! Kita boleh bergerak lebih pantas dari itu! Bukan dengan kaki atau tangan, tetapi dengan mata kita. Ya, dengan pandangan mata kita. Selaju manakah mata kita? Saya sendiri tidak pasti! Belum pernah secara pasti para saintis dapat menyelesaikan kelajuan pandangan mata yang sebenarnya!
Mahu bukti? Bangun pagi-pagi, lihat terus ke matahari! Berapa lama anda dapat lihat matahari? Tak sampai sesaat pun bukan? {Jangan tengok matahari ketika dah naik di kepala, boleh merosakkan retina mata anda}
Mahu lebih laju? Malam hari, cuba tengok atas langit! Berapa lama anda ambil masa untuk lihat bintang-bintang? Tak sampai sesaat kan? Kita lebih laju dari cahaya berpuluh-puluh kali ganda, mungkin ribu, mungkin juta! Ini kerana bintang-bintang itu sebenarnya adalah "matahari-matahari" bagi sistem galaksi yang sangat jauh dari bumi. Mungkin jutaan tahun jaraknya.
Hebatkan? Ini baru mata, belum anggota badan yang lain lagi.
Jangan pernah kata manusia lemah lagi selepas ini ya. ^___^
p/s : Jangan lupa Tuhan! Ini kerana semua kehebatan kita adalah hasil ciptaanNya juga.
No comments:
Post a Comment