Saturday, October 2, 2010

Who is Kelly Ripa?

Wah, tak sangka betul salah satu kata kunci yang dicari atas blog ini adalah Kelly Ripa? Siapa ni? Aku pun tak tahu, jom tanya Datuk Wikipedia, siapa kah Kelly Ripa ni?

[Ambil perhatian bahawa carian kekunci Kelly Ripa adalah mencecah 6, 180 000 untuk carian enjin yahoo sahaja, jumlah ni sudah sangat ramai gila, entah macamana ada yang sesat cari sampai di blog ini pula ^___^]

Menurut Datuk Wikipedia, Kelly Maria Ripa ni actress dan pengacara Amerika yang terkenal dan lahir pada 2 Oktober, 1970. Eh..?? Jap..2 Oktober? Alahai, patutlah ramai orang cari time 2 Oktober ni, rupanya dia lahir memang 2 Oktober..he..he..popular sekejap blog ni..apapun, Happy Birthday Kelly Ripa, now you're 40 already yeah..

Nak tahu lebih lanjut tentang Kelly Ripa? Tanya Atok Wikipedia ye.

Nak tengok gambarnya pula? Klik sini.

Traffic blog melonjak naik bila adanya carian tersebut. Lagi satu, blog ni dah buang shoutmix dan semua aktiviti blogwalking akan dibuat melalui Exchange Link. Jika hendak disenaraikan, sila klik exchange dan tinggalkan url anda di bahagian komen ya kawan-kawan. Terima kasih ^___^

# Saya dah letak analisis traffic minggu lepas, sepanjang 7 hari, ianya akan terus dianalisis oleh encik traffic jam dalam kiraan 7 hari sebelum. Tahu berapa pengunjung minggu lalu? Tak ramai, cukup makan saja. Tentu traffic blog anda lebih tinggi kan. Terasa malu pula nak tunjuk traffic ciput tapi tujuan saya letak supaya saya dapat keep up untuk jaga traffic blog ini. Terima kasih pada kawan-kawan vvip, kawan-kawan baru dan siapa jua yang sudi singgah di blog yang tak seberapanya ini. ^__^

# Terima kasihh...aikk..berapa banyak terima kasih dah..he..he..sampai jumpa di lain post dan entri, hanya di Didozel Dot Com.

No comments:

Post a Comment