Monday, October 4, 2010

Kucing ada ilmu mengapungkan diri?

Hah? Benarkah ini? Orang kata, sekeping gambar boleh menutup seribu ayat...saksikan sendiri


Dunia : Seorang lelaki yang sedang balik dari memancing di satu petang terkejut tahap kucing bila mendapati seekor kucing betina berwarna putih dominan sedang dengan santai berlari-lari dan berguling-guling di atas air. Hairan dengan fenomena tersebut, Encik Abu hanya diam melihat selama sepuluh minit, bagaimanapun kucing tersebut berhenti dan mula mendekatinya. Beliau kemudian mengambil gambar kucing betina itu yang sedang dengan tajam dan galaknya memerhati Encik Abu yang mengganggu santai-santai sang kucing.

Sungguh pelik sekali pada fikiran Encik Abu, adakah ini kucing ajaib?

Pada fikiran anda bagaimana?
# Sila abaikan kata-kata selepas gambar kucing, semua hanya khayalan penulis sahaja. Hanya saja gambar kucing itu yang betul. Apakah benar sang kucing mampu berjalan di atas air?
Kebenaran ? :

Perhatikan bayang sang kucing, sebenarnya pantulan cahaya dan reflek cahaya dari arah utara telah membuat seakan-akan gigi air bercantum dan tanah sehingga kelihatan seperti sungai kecil, jika diperhatikan dengan saksama, air yang mengalir hanya satu inci disebelah kiri sang kucing, manakala tempat berpijak encik kucing sebenarnya adalah tanah, hanya telah basar dengan air dan ditambah efek mentari, menjadikannya seolah-olah kelihatan seperti air.




Lihat bukan? Sebelah kiri adalah air yang mengalir dan sebelah kanan pula adalah tanah! Jangan tertipu dengan mata anda sendiri. Ini bukan photoshop. Harap maklum..he..he..hebatkan kuasa alam? Kamera pun boleh tertipu ni..

No comments:

Post a Comment